Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1439H / 2018 kepada semua ahli PSGFM yang terdiri daripada para pesilat, jurulatih, pengurusan, ibu bapa dan penjaga pesilat yang berada di Malaysia dan luar negara.

Selaras dengan Aidil Adha menuntut kita bermuhasabah terhadap peranan dan kepedulian kita sebagai seorang pesilat, jurulatih mahupun pengurusan tertinggi PSGFM. Masing-masing perlu berganding bahu untuk melaksanakan tanggung jawab selaras dengan posisi masing-masing. Penghayatan terhadap sejarah dan peristiwa Aidil Adha mampu memandu dan memimpin hala tuju hidup seseorang individu dan kebangkitan sesebuah persatuan.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PSGFM yang sanggup berkorban harta, tenaga dan masa demi kemajuan PSGFM selaku penggerak utama Silat Melayu di Malaysia amatlah dihargai.

Walaupun dengan tekanan dan pengkhianatan sesetengah golongan yang berpaling tadah dengan jalinan kerjasama dengan PESAKA yang terang-terang melanggar pelbagai peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan sejak 20 tahun yang lepas.

Semoga kita terus istiqamah dalam menjalankan dengan amanat dan amanah yang ditinggalkan oleh Almarhum TG Anuar Abdul Wahab AMN untuk terus menggerakkan program Seni Silat Malaysia untuk dikongsi kepada masyarakat.

FATANI NUSA BAKTI

Written by PemegangAmanah