Pihak pengurusan Majlis Tertinggi (MT) PSGFM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1442H kepada seluruh ahli PSGFM di seluruh negara. Tidak dilupakan kepada semua penyokong PSGFM dalam dan luar negara. Segala pengorbanan, kesabaran, kejayaan dan kegemilangan kita tempuhi bersama sejak PSGFM diterajui oleh kepimpinan utama iaitu Tuan Guru Grandmaster Aminuddin Anuar (2013-kini).

Justeru itu, kami memohon kemaafan andai terdapat kesalahan mahupun kesilapan kami selama ini kepada seluruh ahli PSGFM dan peminat silat semua.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.

Selama sebulan penuh kita telah menjalani puasa Ramadhan sesuai dengan perintah Allah subhanahu wa ta’ala di dalam Al-Qur’an, surat Al-Baqarah, ayat 183 yang berbunyi:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Ibadah puasa memang bertujuan untuk membentuk kita semua menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah. Kita dilarang melakukan perkara seperti makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa. Semua itu bertujuan untuk melatih kita menjadi manusia yang mampu menahan diri.

Jika kita mampu menahan diri, maka insyaAllah kita juga akan dapat menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan agama Islam. Sudah pasti kita mampu meninggalkan larangan itu.

Ya Rabbi, berkatilah umur kami hingga Ramadhan di tahun depan. Sucikanlah hati kami untuk bisa memaafkan saudara kami. Taqabalallahu minna wa minkum.

Barisan kepimpinan PSGFM 2019-2021

Written by PemegangAmanah