Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya kepada semua ahli PSGFM Official yang berada di Malaysia dan seluruh dunia.

Sejak tertubuhnya Malaysia hasil gabungan Persekutuan Malaya dengan Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah), perjuangan bangsa Malaysia untuk mengecapi kemerdekaan dan menegak demokrasi dinikmati tanpa pertumpahan darah.

Ini adalah ini merupakan kejayaan yang dapat dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia.

Lebih membanggakan apabila PSGFM Official adalah satu-satunya perguruan Silat di Malaysia yang menggunakan Kurikulum Silat Malaysia sejak diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia pada tahun 2002.

Kurikulum yang diasaskan oleh Allahyarham TG Anuar Abdul Wahab kini telah disambung oleh pewaris dan pemegang amanah beliau iaitu TG Super Grandmaster Aminuddin Anuar.

Penyatuan bangsa Malaysia melalui seni mempertahankan diri ini dapat memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan sesama rakyat Malaysia.

Justeru itu, pelbagai agenda dan program yang telah berjalan lancar sejak negeri Sabah menunjukkan komitmen untuk menjadi peneraju pengembangan Seni Silat di Malaysia.

Adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk kita mengembangkan Seni Silat Malaysia ini kerana ianya adalah merupakan simbol kekuatan dan kemegahan budaya bangsa yang telah diwarisi oleh orang-orang Melayu yang berdarah pahlawan sejak zaman-berzaman.

Silat Melayu ataupun Silat adalah berbeza dengan Pencak Silat. Perbezaan ini berasaskan kepada falsafah pendidikan silat, bahasa, budaya, nilai, bentuk dan kerohanian yang diwarisi sejak dahulu lagi. Maklumat lanjut mengenai SILAT VS PENCAK SILAT.

Diharapkan semua pihak dapat mengembeling tenaga dalam membantu PSGFM OFFICIAL mengembangkan Seni Silat milik bangsa Malaysia ini ke seluruh dunia dengan pelbagai program yang telah dirancang dan berjalan selama ini.

 

SILAT UNTUK SEMUA

Written by PemegangAmanah