Seri Kembangan, Selangor – Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1440H / 2019 kepada semua ahli PSGFM yang berdaftar dan menyumbang bakti kepada satu-satunya pertubuhan silat yang memperjuangkan Silat Melayu asli.

Selaras dengan Aidil Adha menuntut kita bermuhasabah terhadap peranan dan kepedulian kita sebagai seorang pewaris seni mempertahankan diri asli Melayu ini.

Penghayatan terhadap sejarah dan peristiwa Aidil Adha mampu memandu dan memimpin hala tuju hidup seseorang individu dan kebangkitan sesebuah organisasi.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PSGFM yang sanggup berkorban harta, tenaga dan masa demi kemajuan PSGFM selaku penggerak utama Silat Melayu di Malaysia amatlah dihargai.

Walaupun PSGFM Official diuji dengan pelbagai usaha daripada pihak PESAKA dengan cara menghalang usaha mengembangkan Silat Melayu asli ini, semangat yang ditunjukkan oleh para pimpinan dan individu yang terlibat secara langsung dengan warisan bangsa Melayu ini amatlah disanjung tinggi.

Terkini, Mahkamah Majistret Putrajaya telah menghukum individu yang mewakili PESAKA menjadi samseng dan menyemai semangat gangsterism ketika hadir di satu mesyuarat bersama PSGFM Official di KBS pada September 2018. Shafee Omar telah mengaku bersalah di atas kesalahan menyerang para pembentang mewakili PSGFM Official pada mesyuarat tersebut. Shafee adalah orang kanan kepada Megat  Zulkarnaina Omar Din yang merupakan Setiausaha PESAKA.

Hukuman tersebut sekaligus memberikan petunjuk bahawa PSGFM Official di pihak yang benar dan sanggup berkorban dalam mengembangkan Silat Melayu walaupun dengan segala cabaran dan gangguan pihak-pihak yang cuba menggagalkan usaha murni ini. 

Di samping itu, tekanan dan pengkhianatan sesetengah golongan yang berpaling tadah dengan jalinan kerjasama dengan PESAKA yang terang-terang melanggar pelbagai peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh perlembagaan PESAKA sejak 20 tahun yang lepas.

Semoga kita terus istiqamah dalam menjalankan dengan amanat dan amanah yang ditinggalkan oleh Almarhum TG Anuar Abdul Wahab AMN untuk terus menggerakkan program Seni Silat Malaysia untuk dikongsi kepada masyarakat.

FATANI NUSA BAKTI

Kenyataan Media Berhubung Isu Serangan dan Budaya Samseng PESAKA Ke Atas Wakil PSGFM di KBS

Written by PemegangAmanah