Shah Alam, Selangor – Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah dijemput untuk berkongsi pandangan dan kepakaran dalam mengembangkan silat ke peringkat antarabangsa.

Setiausaha Agung PSGFM, Tuan Guru GM Mohd Shahiid Elias telah dijemput selaku tetamu undungan ke sesi soal jawab media sosial rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Di antara isi kandungan yang bakal dibincangkan adalah mengenai hala tuju PSGFM dalam mengembangkan silat di peringkat antarabangsa.

Sesuai dengan penganjuran IMACSS & GSMACC 2020 yang bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2020, program tersebut bakal meberi impak kepada Malaysia selaku tuan rumah.

Sekaligus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama mempelajari Seni Silat Malaysia.

Written by PemegangAmanah