IMAF2022 akan melibatkan persembahan seni mempertahankan diri termasuklah Seni Silat daripada pakar-pakar seni mempertahankan diri antarabangsa.

Turut hadir adalah pihak UNESCO ICM yang akan hadir dengan pasukan persembahan dari pelbagai negara. Di samping itu, pelbagai program menarik telah dirancang antaranya bengkel, seminar, pertandingan, pameran dan lain-lain lagi.

Terkini pasukan Taekwondo dari Korea akan hadir untuk membuat persembahan di IMAF2022. Kehadiran ini pasti akan memberikan jawapan kepada para peminat seni mempertahankan diri di Malaysia mengenai seni mempertahankan diri ini.

Sekiranya anda berminat mengenai seni mempertahankan diri Taekwondo, sila hadir ke IMAF2022.

Daftar sekarang!

Program yang dinyatakan di atas berdasarkan keperluan terkini dalam menyahut seruan kelestarian dan matlamat (UNESCO and Sustainable Development Goals, SDG) UNESCO Antarabangsa. Ia bertepatan dengan matlamat SDG yang ketujuh belas (SDG 4) iaitu Kerjasama Demi Matlamat (Partnerships for The Goals).

Program ini adalah selari dengan tema kedua dalam RMK12 iaitu Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti. Tema 2 memberi penekanan kepada pengukuhan keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti. Dalam memastikan pertahanan dan keselamatan negara, usaha pencegahan jenayah serta rehabilitasi dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan akan dipertingkatkan melalui aktiviti seni mempertahankan diri.

Selain itu, program ini juga memperkukuhkan kaedah pelaksanaan dan menggiatkan semula Kerjasama Global untuk Pembangunan Mampan. Program ini juga sehaluan dengan pemangkin dasar RMK12 iaitu Membangunkan Bakat Masa Depan (Pemangkin Dasar 1). Sasaran pertumbuhan dalam RMK12 akan memerlukan pembangunan bakat berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan ekonomi yang berkembang. RMK12 memberi tumpuan kepada pembangunan bakat masa hadapan dengan menjajarkan semula pasaran buruh, pendidikan dan latihan.

Written by PemegangAmanah