Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan Pakatan Harapan yang telah terpilih menganggotai Kabinet Kerajaan Malaysia. Mereka adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu selaku Menteri Pertahanan, YB Tuan Lim Guan Eng memegang portfolio Menteri Kewangan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Manakala untuk negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah yang telah dilantik sama ada selaku Ketua Menteri ataupun Menteri Besar negeri masing-masing.

Mereka telah diperkenankan oleh Yang Di Pertua Negeri dan Sultan untuk setiap negeri bagi mengetuai pentadbiran negeri:

  1. Selangor – YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
  2. Johor – YAB Datuk Osman Sapian
  3. Sabah – YAB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
  4. Kedah – YAB Datuk Seri Muhkriz Mahathir
  5. Perak – YAB Tuan Ahmad Faizal Azumu
  6. Pulau Pinang – YAB Tuan Chow Kon Yeow
  7. Melaka – YAB Tuan Adly Zahari
  8. Negeri Sembilan – YAB Tuan Aminuddin Harun

 

 

 

Pihak PSGFM mengucapkan setinggi tahniah dan mengalu-alukan kerjasama dengan setiap kerajaan negeri dalam mengembangkan lagi Seni Silat Malaysia selaku seni mempertahankan diri bangsa Malaysia untuk semua agama dan kaum sesuai dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Fatani Nusa Bakti

Written by PemegangAmanah