Malaysia masih memiliki silat asli tempatan yang dikenali sebagai silat Melayu tradisi seperti yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di desa-desa Semenanjung Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai silat pulut. Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia adalah merupakan nama pendaftaran bagi salah satu daripada kumpulan silat Melayu tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan sebenih dengannya.

Pertubuhan ini telah berjaya membangunkan dan mengembangkan silat Melayu tradisi di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Bagi meneruskan pembangunan silat Melayu tradisi di Malaysia, maka satu program seni mempertahankan diri bakal diadakan di kenali sebagai IMAF2022.

IMAF2022 bakal mendapat rakan strategik dari International Centre of Martial Arts for Youth Development and Engagement under the auspices of UNESCO (UNESCO – ICM), International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS).

Program ini adalah satu usaha yang diambil oleh PSGFM dalam usaha memenuhi bidang-bidang keutamaan seperti yang dirancang oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (Sustainable Development Goals – Agenda 2030) dan Kerajaan Malaysia terhadap Rancangan Malaysia Kedua Belas (RM Ke-12).

Objektif utama penganjuran program ini adalah :

  1. Memberi kesedaran, pengetahuan dan mendidik orang awam terutamanya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar betapa pentingnya mempelajari seni mempertahankan diri dalam memupuk semangat hormat-menghormati dan kerjasama di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
  2. Program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan sukan seni mempertahankan dalam membentuk disiplin, serta mengawal diri dan emosi.
  3. Program ini memberi peluang kepada para guru mempelajari isu-isu dan berita-berita terkini yang melibatkan seni mempertahankan diri yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan selaku seorang pendidik dalam membentuk para pelajar sekolah yang berkeyakinan diri dalam mengharungi arus kehidupan yang mencabar.
  4. Melahirkan masyarakat yang dapat menghargai kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri dalam membentuk para pelajar yang yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
  5. llmu pengetahuan yang dapat dipelajari melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal menerusi program tiga hari ini.
  6. Program ini juga diharapkan dapat menyuburkan semangat pada diri para guru dan pelajar untuk membina kecergasan fizikal menerusi pelbagai aktiviti fizikal yang ada dalam mempelajari seni mempertahankan diri.

Festival seni mempertahankan diri ini bukan sekadar untuk semua penyelidik, pengamal, pakar dan pengkaji akademik dari seluruh dunia tetapi juga membuka ruang kepada para peminat, pengamal industri, pegawai pelaksana, dan orang awam untuk hadir selama tiga hari mempelajari dan menambah pengetahuan berkenaan isu-isu terkini mengenai dunia seni mempertahankan diri dan sukan kombat.

 

Written by PemegangAmanah