Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Allah.

Kini Malaysia sudah melahirkan ramai jurulatih Seni Silat Malaysia bertauliah untuk tahap 1 dan 2 Kurikulum Seni Silat Malaysia.

Pihak PESONA SARAWAK dan PESONA MALAYSIA telah menganjurkan Bengkel Kejurulatihan dan Pengadilan Peringkat Kebangsaan Tahap 1 dan 2 di Kuching Sarawak. Penganjuran tersebut telah mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan Pembangunan Usahawan Sarawak.

PESONA SARAWAK kini mempunyai seramai hampir 70 jurulatih bertauliah.

Tahniah!

Bengkel yang dijalankan di Dewan Suarah Negeri Sarawak (Tahap 1) dan Taman Negara Gunung Gading, Lunggu (Tahap 2) di Kuching menjadi saksi terhadap kehebatan jurulatih-jurulatih Silat di Sarawak menguasai ilmu kejurulatihan dan pengadilan Seni Silat Malaysia.

Pihak PSGFM diwakili oleh GM Aminuddin Anuar, GM Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, PT Coach Hazim Samsudin, Coach Mohd Salehin Ramli, Coach Nurul Azlan Aziz dan Cik Puan Liyana Hazwani Rohaizat.

SILAT UNTUK SEMUA.

Written by PemegangAmanah