Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua ahli PSGFM Official yang berada di Malaysia dan seluruh dunia.

Sejak tertubuhnya Malaysia hasil gabungan Persekutuan Malaya dengan Sarawak dan  Sabah, perjuangan bangsa Malaysia untuk mengecapi kemerdekaan dan menegak demokrasi dinikmati tanpa pertumpahan darah.

Ini adalah ini merupakan kejayaan yang dapat dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia.

Lebih membanggakan apabila PSGFM adalah satu-satunya perguruan Silat di Malaysia yang menggunakan Kurikulum Silat Malaysia sejak diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia pada tahun 2002.

Kurikulum yang diasaskan oleh Allahyarham TG Anuar Abdul Wahab kini telah disambung oleh pewaris dan pemegang amanah beliau iaitu TG Super Grandmaster Aminuddin Anuar.

Penyatuan bangsa Malaysia melalui seni mempertahankan diri ini dapat memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan sesama rakyat Malaysia. Justeru itu, satu program seni mempertahankan diri peringkat dunia bakal berlangsung di Malaysia pada 28-30 September 2022. Program yang dikenali sebagai IMAF2022 akan melibatkan sebanyak 30 buah negara dari seluruh dunia.

Objektif utama penganjuran program ini adalah :

  • Memberi kesedaran, pengetahuan dan mendidik orang awam terutamanya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar betapa pentingnya mempelajari seni mempertahankan diri dalam memupuk semangat hormat-menghormati dan kerjasama di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
  • Program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan sukan seni mempertahankan dalam membentuk disiplin, serta mengawal diri dan emosi.
  • Program ini memberi peluang kepada para guru mempelajari isu-isu dan berita-berita terkini yang melibatkan seni mempertahankan diri yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan selaku seorang pendidik dalam membentuk para pelajar sekolah yang berkeyakinan diri dalam mengharungi arus kehidupan yang mencabar.
  • Melahirkan masyarakat yang dapat menghargai kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri dalam membentuk para pelajar yang yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
  • llmu pengetahuan yang dapat dipelajari melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal menerusi program tiga hari ini.
  • Program ini juga diharapkan dapat menyuburkan semangat pada diri para guru dan pelajar untuk membina kecergasan fizikal menerusi pelbagai aktiviti fizikal yang ada dalam mempelajari seni mempertahankan diri

Festival seni mempertahankan diri ini bukan sekadar untuk semua penyelidik, pengamal, pakar dan pengkaji akademik dari seluruh dunia tetapi juga membuka ruang kepada para peminat, pengamal industri, pegawai pelaksana, dan orang awam untuk hadir selama tiga hari mempelajari dan menambah pengetahuan berkenaan isu-isu terkini mengenai dunia seni mempertahankan diri dan sukan kombat.

Justeru itu, pelbagai agenda dan program yang telah berjalan lancar sejak negeri Sarawak menunjukkan komitmen untuk menjadi peneraju pengembangan Seni Silat di Malaysia.

Adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk kita mengembangkan Seni Silat Malaysia ini kerana ianya adalah merupakan simbol kekuatan dan kemegahan budaya bangsa yang telah diwarisi oleh orang-orang Melayu yang berdarah pahlawan sejak zaman-berzaman.

Silat Melayu ataupun Silat adalah berbeza dengan Pencak Silat.

Perbezaan ini berasaskan kepada falsafah pendidikan silat, bahasa, budaya, nilai, bentuk dan kerohanian yang diwarisi sejak dahulu lagi. Maklumat lanjut mengenai SILAT VS PENCAK SILAT.

Diharapkan semua pihak dapat mengembeling tenaga dalam membantu PSGFM mengembangkan Seni Silat milik bangsa Malaysia ini ke seluruh dunia dengan pelbagai program yang telah dirancang dan berjalan selama ini.

Selamat menyambut Hari Malaysia – 16 September 2022.

“Pengerusi PSGFM, GM Mohd Safwan Abu Hassan mendoakan semoga alam persilatan Melayu terus berjuang memartabatkan Seni Silat sebagai warisan bangsa Malaysia, diberkati dan menjadi medium perpaduan dalam membentuk negara bangsa Malaysia yang teguh bersama,” sebentar tadi di Bandar Baru Bangi.

Written by PemegangAmanah