Tranformasi Nasional 2050 (TN50) adalah satu cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dilancarkan pada 19 Januari 2017. Ianya merupakan satu inisiatif jangka panjang untuk membentuk hala tuju negara ini bagi tempoh 30 tahun akan datang berdasarkan aspirasi daripada rakyat berlandaskan pendekatan bottom up.

Bagi tujuan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) telah menganjurkan Siri Jelajah TN50 bagi mendapatkan aspirasi dan pandangan stakeholders kebudayaan mengenai TH50 khususnya dalam bidang kebudayaan, kesenian dan warisan.

Grandmaster Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Grandmaster Mohd Shahiid Elias telah dijemput oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz Yeop, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (MOTEC) ke sesi diolog Siri Jelajah TN50, Sektor Kebudayaan selaku pakar budaya dalam dunia persilatan di Malaysia.

Pandangan Dr Nizam Shapie telah diterima oleh pihak MOTEC dan bakal diketengahkan kepada perbincangan peringkat tinggi Kerajaan Malaysia. Semoga sumbangan PSGFM dapat memberi manfaat kepada bangsa Malaysia.

 

Written by PemegangAmanah