Shah Alam, Selangor – Para jurulatih dan pesilat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) kini gigih berlatih sepanjang bulan Ramadhan.

Latihan selama tiga jam diteruskan pada setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) untuk mengekalkan momentum dan tenaga sepanjang bulan yang penuh mulia ini.

Para jurulatih silat kini sedang dalam fasa mengekalkan kecergasan untuk kembali aktif selepas Ramadhan 2019. Syabas kepada mereka yang menerima kewajipan dan menunaikan tanggungjawab selaku seorang Islam dan penggerak Silat Melayu di Malaysia.

Written by PemegangAmanah