Kejayaan PSGFM dalam mengembangkan Silat Melayu ke peringkat antarabangsa adalah merupakan satu usaha murni yang didukung oleh Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar. Usaha yang dilakukan ini adalah merupakan kesinambungan daripada perancangan yang telah digariskan oleh ayahanda beliau iaitu Allahyarham Anuar Abdul Wahab AMN.
Penulisan ini adalah sambungan kepada penulisan:
http://www.senigayungfatani.com/silat/kejayaan-psgfm-penyelidikan-silat-melayu/
Transformasi yang kedua adalah mengenai keperluan mengembangkan kajian-kajian yang dilakukan dalam bidang persilatan ke arena antarabangsa melalui medium pembentangan kertas kerja berwasit dan seminar antarabangsa. Ini adalah medium paling utama kerana sudah tiada pihak lagi yang berani membentangkan kertas kerja Silat Melayu ke arena antarabangsa sejak kehilangan tokoh persilatan Silat Melayu iaitu Adiguru Anuar Abdul Wahab (Tokoh Silat Malaysia).
Tugas ini telah berjaya dilakukan dengan jayanya sejak 3 tahun lepas diketuai oleh Tuan Guru Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie. Beliau telah berjaya membentangkan kajian-kajian beliau kepada pakar-pakar beladiri dari pelbagai negara di dunia antaranya:
- Jepun
- China
- Kanada
- England
- Wales
- Perancis
- Rusia
- Ukraine
- Poland
- Portugal
- Itali
- Amerika Syarikat
- Brazil
- Belanda
- Turki
- Hungary
- Sepanyol
- Greek
- Brazil
- Korea Selatan
- Jerman
- Slovakia
- Iceland
- Bulgaria
- Croatia
- Slovenia
- Austria
- Iraq
- Iran
- Jordan
- Palestin
- Ireland
- Qatar dan lain-lain lagi.
Kegagalan pihak PESAKA dan PERSILAT di peringkat antarabangsa dalam membantu Malaysia mengembangkan Seni Silat Melayu adalah disebabkan ketaksuban Indonesia yang ingin mengembangkan Pencak Silat Indonesia melalui PERSILAT. Ini sekaligus membantutkan perkembangan Silat Melayu yang selama ini banyak bergantung kepada PESAKA.
Perlu dinilai kembali bahawa PESAKA adalah Badan Pendiri kepada PERSILAT di peringkat dunia. Sekaligus bersama-sama Indonesia memertabatkan Pencak Silat di peringkat antarabangsa.
Kaedah pertandingan Silat Olahraga diubah kepada Tanding bersesuaian dengan kaedah dan rupa Silat Jawa Indonesia / Pencak Silat. Begitu juga dengan kaedah permainan Silat Seni yang diubah kepada Tunggal, Ganda, Jurus Wajib yang sekaligus membakukan setiap gerakan supaya berpadanan dengan kaedah Pencak Silat.
Jesteru itu menjadi tanggungjawab PSGFM dalam meneruskan agenda Allahyarham Anuar Abdul Wahab dalam mengembangkan Silat Malaysia ke seluruh dunia. Transformasi kedua ini dapat memastikan pihak dunia melihat dan menilai kekuatan Silat Melayu berbanding Pencak Silat Indonesia. Bak kata Hang Tuah,
‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’
Pembentangan Kajian Silat Sains Sukan
http://pusatcemerlangsilat.com/silat-news/silat-research-presentation-at-5th-isn-international-sports-medicine-and-sports-science-conference-2011/
Pembentangan Kajian Silat Olahraga
Pembentangan Kertas Kajian Silat Melayu
Pembentangan Kajian Sukan Silat Tempur
Pembentangan Kajian Sukan Silat
Kajian Silat Malaysia Antarabangsa
Pembentangan Kajian Sukan Prestasi Tinggi
Pembentangan Kajian Silat Di Persidangan Antarabangsa Sains Sukan
You must be logged in to post a comment.