Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar Siri I /2020 (Kelayakan Dunia Pertama) yang dijadualkan berlangsung pada 20-22 Mac 2020 ditangguh di atas penularan wabak Covid19 yang melanda Malaysia.

Kerajaan telah memutuskan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha menangani wabak merbahaya ini.

Manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, pesanan ringkas kerajaan kepada orang ramai pada hari ini – bantu negara untuk membantu anda. Duduk di rumah.

Justeru itu, pihak sekreteriat kejohanan menangguhkan siri pertama kejohanan / kelayakan dunia silat tempur kepada 27 Jun 2020.

Diharapkan para pesilat dapat bersabar dan menjaga kesihatan diri sendiri di rumah sementara kita mengatasi masalah serius melanda negara Malaysia tercinta ini.

FATANI NUSA BAKTI

Written by PemegangAmanah