Kelas Silat secara dalam talian adalah merupakan inisiatif terbaik yang telah dilangsungkan secara terus menerus sejak Oktober 2020 apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PSGFM menyambut baik usaha kerajaan agar semua bentuk kegiatan sukan dan riadah termasuk sukan bersentuh iaitu ‘contact-sports’ yang dijalankan di dalam talian.

GM Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah diberi tanggunjawab untuk menggalas tugas tersebut. Kini selepas hampir 9 bulan berlangsung kelas secara dalam talian ini telah berlangsung hampir 30 minggu. Para pesilat yang terlibat bakal menjalankan ujian kenaikan bengkung mereka secara dalam talian pada awal Ogos 2021.

Kaedah ujian kenaikan bengkung ataupun ‘grading’ ini adalah yang pertama di Malaysia yang melibatkan hampir 500 orang pesilat.

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Fatani Nusa Bakti.

 

 

Written by PemegangAmanah