Kejayaan negeri Sabah dalam melahirkan ramai pesilat dalam tempoh 3 tahun ini menarik perhatian PSGFM untuk menyalurkan dana Silat Melayu ke negeri di bawah bayu ini. Perubahan dalam jumlah penyertaan ini adalah disebabkan oleh pengaruh Tuan Guru Aminuddin Anuar yang telah melahirkan ramai juara silat dan pelapis silat negeri Sabah.

Selain itu juga, negeri Sabah telah mula menghasilkan para jurulatih Silat Malaysia yang telah memainkan peranan yang besar dalam usaha PSGFM mengembangkan aliran Silat Melayu asli ini.

Tahniah Negeri Sabah.

Written by PemegangAmanah