Kejohanan Silat Tempur Antarabangsa bakal diadakan pada 10-11 Oktober 2020 sempena 9th International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) Conference & 2nd Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress (GSMACC) 2020 yang bakal berlangsung di Putrajaya yang bakal dihadiri oleh delegasi dari 50 buah negara di dunia.

Kejohanan ini juga dikenali sebagai 1st International Silat Tempur Invitational Championship (InSTIC).

Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar Siri I /2020 (Kelayakan Dunia Pertama) bakal berlangsung pada 20-22 Mac 2020.

Kejohanan kali ini bakal menyaksikan pilihan-pilihan utama pesilat cilik dan remaja di Malaysia turun beraksi untuk kali pertama pada tahun ini.

Para pesilat yang bakal menyertai kejohanan kali ini adalah dari pasukan Akademi Silat Malaysia, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Fatani Bersatu, Kelab Silat Tempur Serdang, pasukan Australia, pasukan Syria, Kelab Silat Tempur Sepang Bersatu, Kelab Silat Olahraga Seremban dan lain-lain lagi.

Penganjuran ini adalah merupakan liga silat kebangsaan pertama yang melibatkan peserta di peringkat kanak-kanak dan remaja.

Kejayaan penganjuran yang kini diiktiraf di peringkat antarabangsa ini adalah satu usaha yang amat dibanggakan oleh masyarakat Malaysia kerana penganjuran kali ini bakal disokong oleh Kerajaan  Negeri Selangor.

Written by PemegangAmanah