Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar adalah merupakan Guru Utama PSGFM kedua mulai tahun 2009. Beliau mula berkhidmat menggantikan ayahanda beliau iaitu Allahyarham Tuan Guru Utama, Hj Anuar Abdul Wahab AMN yang meninggal dunia pada Mac 2009.
Perlantikan beliau memberikan inspirasi kepada PSGFM dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi setelah dilantik menjadi Pengerusi PSGFM pada tahun 2013. Khidmat beliau amat ditagih dalam usaha PSGFM mengembangkan Silat Melayu (Malaysia) ke peringkat global.