Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 dan berkuatkuasa bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 dalam usaha pihak kerajaan membendung wabak Covid19 yang merbahaya ini.

Dalam usaha menjaga prestasi para atlit, jurulatih dan pesilat PSGFM, maka latihan secara alam maya telah dijalankan secara berkala oleh pihak PSGFM.

Pihak PSGFM tidak menjadikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sebagai alasan untuk kita tidak menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Justeru itu, pihak PSGFM menjalankan latihan silat di dalam di alam maya sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

Kepada para pesilat yang ingin mengikuti latihan silat di alam maya diminta berhubung dengan jurulatih masing-masing dalam mengisi masa yang ada sepanjang tempoh PKP ini berkuat  kuasa.

Untuk pengetahuan semua. Tuan Guru GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Tuan Guru Mohd Shahiid Elias adalah individu pertama di dunia yang memperkenalkan produk latihan silat di alam maya.

Produk SilatForBeginners.com telah berjaya memenangi pelbagai anugerah dalam menyelesaikan masalah ramai pihak yang berminat belajar silat khasnya dari luar negara.

Produk ini telah dicipta pada tahun 2008 dan telah mendapat sambutan ramai pihak di peringkat antarabangsa. 

Secara tidak langsung, tempoh PKP yang berlangsung dapat memberikan peluang kepada orang ramai untuk mencuba produk silat hebat ini.

Kepada yang berminat silalah ke www.SilatForBeginners.com

 

Written by PemegangAmanah