Shah Alam, Selangor – Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) akan mengadakan majlis berbuka puasa untuk tahun 2019 di Kinrara Resort and Hotel, Puchong Selangor.

 

Majlis akan berlangsung pada 26 Mei 2019 dengan pelbagai program telah diaturkan oleh ahli jawatankuasa pusat PSGFM Official yang mana akan dihadiri bersama oleh Guru Utama, YM Super Grandmaster Tuan Guru Aminuddin Anuar yang hadir dari Sandakan, Sabah.

Para pesilat yang ingin menghadiri program ini akan diberi peluang untuk bertemu dan berbincang dengan Guru Utama mengenai segala perkembangan terkini dan situasi silat terkini dalam dan luar negara.

Bayaran sebanyak RM70 akan dikenakan untuk majlis ini dan segala hal mengenai program ini sila berhubung dengan Encik Mohamad di talian 013 – 589 2348.

Written by PemegangAmanah