Pihak Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan 1440 H kepada seluruh ahli PSGFM yang beragama Islam di Malaysia dan di mana juga anda berada.
Dengan hadirnya Ramadan ini masyarakat beragama Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa selama sebulan – bermula dengan terbitnya fajar hingga terbenam matahari.
Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di dalam kalendar Islam kerana Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W pada bulan Ramadan yang juga dikenali sebagai Malam Nuzul al-Quran iaitu pada 17 Ramadan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa (Q.S al-Baqoroh:183).
“Marhaban ya Ramadhan, bulan suci penuh berkah telah tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya, menjauhi keburukan, memperbanyak ibadah. Dengan segala kerendahan hati, mohon maaf lahir dan batin. Marhaban ya Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.”
Awal Ramadan merupakan permulaan yang sangat mencabar untuk kebanyakan umat Islam di Malaysia, walau bagaimanapun ia juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu berbanding bulan-bulan yang lain setiap tahun.
Marilah kita bermuhasabah dan memerhatikan kualiti ibadah puasa yang kita laksanakan seharian dan amalan ibadah-ibadah yang lain.
You must be logged in to post a comment.