Shah Alam, Selangor – Guru Utama merangkap Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM OFFICIAL), YM GM Aminuddin Anuar telah memberikan persetujuan untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2019.

PSGFM OFFICIAL menjemput semua ahli berdaftar dari seluruh negara untuk hadir dan beramah mesra bersama-sama para pesilat, guru, jurulatih, ahli-ahli majlis tertinggi dan pengurusan .

Majlis akan berlangsung pada 16 Jun 2019 (Ahad) di ibu pejabat PSGFM OFFICIAL di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Majlis akan berlangsung pada jam 2 petang hingga 5 petang.

Jumpa Anda Di Sana!

Written by PemegangAmanah