Semakin Ramai Jurulatih Silat Berdaftar Untuk Bengkel Silat Peringkat Kebangsaan 2022

Tahniah PESONA SARAWAK.

Bengkel Kejurulatihan dan Pengadilan Peringkat Kebangsaan 2022 di Kuching Sarawak mendapat sambutan ramai apabila ramai mendaftar untuk Tahap 1 dan Tahap 2.

Luar biasa.

Bengkel ini adalah anjuran Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA) dan Persekutuan Silat Olahraga Nasional Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Pihak PSGFM akan diwakili oleh GM Aminuddin Anuar, GM Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, PT Coach Hazim Samsudin, Coach Mohd Salehin Ramli, Coach Nurul Azlan Aziz dan Cik Puan Liyani Hazwani Rohaizat.

SILAT UNTUK SEMUA

Author: PemegangAmanah