Shah Alam, Selangor – Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 memberikan tumpuan kepada beberapa perkara antaranya mengembalikan silat sebagai medium perpaduan di Malaysia dan persada antarabangsa sebagai satu keluarga, seterusnya memperkukuhkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi Malaysia sebagai warisan bangsa, selain mempromosikan warisan dan budaya Malaysia kepada masyarakat dunia seni mempertahankan diri serta untuk memperjuangkan kerjasama penyelidikan, aktiviti dan program dengan rakan kongsi global di seluruh dunia.

Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 dianjurkan oleh Martial Arts & Combat Research Network, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA).

Justeru itu, kejohanan kali ini telah melahirkan ramai para pesilat yang berjaya menguasai ilmu Seni Silat Melayu melalui acara silat seni dan juga ilmu bela diri Melayu iaitu Silat Tempur mahupun Silat Olahraga. Terdapat para peserta yang menyertai dan memenangi pingat lebih dari 3 acara yang mana memperlihatkan tahap penguasaan ilmu seni mempertahankan diri Melayu ini yang membanggakan untuk tempoh 10 – 20 tahun akan datang.

Mereka adalah:

PUTERI EILYA SOFEA MOHAMAD NIZAM (ASM)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT TARI PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERI)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERI)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (REMAJA, PUTERI)
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS I (PRA-REMAJA PUTERI)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERI)


PUTERI EIMAAN SAFIYYA MOHAMAD NIZAM (ASM)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERI)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (TUNAS, PUTERI)
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS B (TUNAS PUTERI)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT TARI PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERI)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERI)

MOHAMAD AISY LUQMAN MOHAMAD NIZAM (ASM)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT TARI PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERA)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERA)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (TUNAS, PUTERA)
– PERAK, SILAT TEMPUR – KELAS D (TUNAS PUTERA)
– GANGSA, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERA)

MOHAMAD AZRAF LUQMAN MOHAMAD NIZAM (ASM)
– EMAS, SILAT OLAHRAGA – KELAS A (REMAJA PUTERA)
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS G (PRA-REMAJA PUTERA)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERA)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (REMAJA, PUTERA)

AMZAR JOHAN (KSOFB)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERA)
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS BEBAS (PRA-REMAJA PUTERA)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERA)

NAURAH SYIFA BINTI JOHAN
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS BEBAS (TUNAS PUTERI)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (TUNAS, PUTERI)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERI)

SAIFUL ARMANI GIORGIO BIN SAIFUL AKBAR (ASM)
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS G (TUNAS PUTERA)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (TUNAS, PUTERA)
– GANGSA, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERA)

SARAA AMANDA RACHEL BINTI SAIFUL AKBAR (ASM)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (TUNAS, PUTERI)
– PERAK, SILAT TEMPUR – KELAS D (TUNAS PUTERI)
– GANGSA, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERI)

ABDULLAH BASIR (ASM, AUSTRALIA)
– JOHAN, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERA)
– GANGSA, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERA)
– GANGSA, SILAT OLAHRAGA – KELAS D (DEWASA PUTERA)

Insya-Allah, dunia akan melihat para pesilat ini mempamerkan satu kaedah pertandingan silat yang teratur, tertib dan kemas pada masa akan datang tanpa meninggalkan norma-norma murni yang berasaskan Adat dan Budaya Melayu. Tahniah diucapkan kepada semua.

Written by PemegangAmanah