SHAH ALAM – 2024 8th Martial Arts Open School in Malaysia anjuran UNESCO ICM dan Persatuan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah berlangsung dari 16 hingga 18 Ogos 2024. Kunjungan Istimewa oleh wakil International Centre of Martial Arts for Youth Development and Engagement yang bernaung di bawah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO ICM) iaitu, Setiausaha Agung UNESCO ICM, Encik Kim Giujig, Encik Cho Sungsik dan Cik Kom Keiji turut memeriahkan majlis.
Program ini diadakan tepat pada masanya sempena menyahut seruan kelestarian dan memenuhi matlamat UNESCO Antarabangsa berkaitan Matlamat Pembangunan Mampan Pendidikan Berkualiti (SDG 4) menerusi Kerjasama Demi Matlamat (SDG 17).
Menurut pengasas AIRBORNE, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Mohamed Shapie selaku ketua projek, “program ini menyumbang secara signifikan kepada matlamat UNESCO menerusi perkongsian bersama dalam mempromosikan pembangunan belia dan pertukaran budaya melalui pendidikan seni mempertahankan diri secara konsisten”.
Program ini juga adalah selari dengan tema kedua RMK12 iaitu Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti. Menerusi aktiviti seni mempertahankan diri. usaha pencegahan jenayah, rehabilitasi dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dapat dipertingkatkan.
Pengisian program yang padat meliputi Bengkel Seni Silat Malaysia yang diadakan di Dewan Sinar, SK Seksyen 9, Shah Alam Selangor. Manakala, Perkongsian Ilmu bertempat di DK1, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA menutup tirai program secara rasminya.
Sumber: https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2024/08/19/24192/
You must be logged in to post a comment.