Sejak 2014, para pesilat, pengkaji dan pengembang Silat Melayu telah berusaha keras mendaulatkan silat di eropah.

Usaha yang mendapat pujian kerajaan ini telah memberikan impak yang besar dalam industri silat di Malaysia di mana rakyat mula mengetahui berbezaan di antara Silat Melayu dan Pencak Silat.

Program Silat European Tour adalah satu program daripada Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM OFFICIAL) yang menggunakan medium akademik untuk memertabatkan seni mempertahankan diri bangsa Malaysia yang unggul ini.

Hasilnya, pihak PSGFM telah diberi kepercayaan oleh International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) untuk menganjurkan persidangan IMACSSS2020 yang bakal berlangsung di Putrajaya, Malaysia.

Individu yang bertanggungjawab ini adalah TG GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang bekerja keras sejak 2014 dalam meletakkan Seni Silat Melayu setanding dengan seni mempertahankan diri yang lain.

Hasilnya beliau berjaya menulis banyak artikel-artikel akademik berkualiti dan diterbitkan dalam makalah-makalah antarabangsa, melahirkan ramai pengkaji-pengkaji silat yang baru, membentangkan kajian-kajian silat di peringkat eropah, mengendalikan bengkel silat di peringkat dunia, membuat demonstrasi silat yang disertai oleh ramai pakar-pakar beladiri yang lain dan mencipta satu fenomena kejohanan silat di Malaysia di mana liga silat kebangsaan telah berjaya dianjurkan secara sistematik dan berkesan dalam melahirkan ramai pesilat yang berkualiti

Syabas diucapkan kepada semua yang memertabatkan silat.

FATANI NUSA BAKTI

Written by PemegangAmanah