Klang, Selangor – Pihak PSGFM Official telah diundang oleh pihak Exco Negeri Selangor, YB Datuk Abdul Rashid Asari Majlis Warna-Warni Aidilfitri Negeri Selangor 2019 yang berlangsung gilang-gemilang di Pelabuhan Klang Utara, Selangor.

Pihak PSGFM Official telah hadir selaku tetamu khas kepada program tersebut yang mana turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran seramai 10,000 orang.

Kunjungan ini bakal disusuli dengan pelbagai agenda yang telah disusun di antara pihak Kerajaan dan  PSGFM Official terutamanya melibatkan Pelancongan Kebudayaan yang bakal memertabatkan Silat selaku seni mempertahankan diri rasmi Malaysia.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pihak PSGFM Official telah diperkenalkan kepada pihak Kerajaan dan bakal mementerai kerjasama ini tidak lama lagi.

InsyaAllah, kerjasama ini sekaligus bakal memertabatkan Silat Melayu selaku seni mempertahankan diri rasmi bangsa Malaysia.

 

Written by PemegangAmanah