Para pesilat PSGFM di seluruh Malaysia kini sudah terasa bahangnya…

Siri Ketiga Piala Aminuddin Anuar kembali pada 11 Ogos 2018.

Di mana?

Seperti biasa kejohanan bertaraf 5 bintang ini akan dilangsungkan di Sherwood Gateway International Hotel, Bandar Baru Bangi – Tengok chandelier pun dah tahu prestij kejohanan ini.

Para pesilat akan mengumpulkan mata sehingga Grand Final pada bulan November 2018 nanti – lokasi kejohanan sudah dikenal-pasti dan akan diberitahu pada 11 Ogos 2018.

Kenapa perlu kumpul mata?

Kerana para pesilat yang berjaya mengumpul mata tertinggi akan mendapat habuan mereka – hadiah terkumpul berjumlah RM 20,000.00. Jangan buat-buat tak tahu – sejak tahun lepas sistem ini telah dihebahkan – nak tak nak sahaja untuk ikuti kejohanan ini.

Sumber kewangan adalah hasil usaha MT PSGFM – Fundrising!

Kami tidak dibantu oleh mana-mana agensi pun… geran pun tiada… kerana itu kami layak digelar Silat Terbaik di Asia. Tak percaya rujuklah mana-mana akhbar antarabangsa pada tahun 2015!

Baiklah – get ready semua. Berlatih rajin-rajin dan berjuanglah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Anda adalah pesilat masa hadapan Malaysia.

Kita akan pastikan perkembangan dan latihan anda semua berkala dengan perkembangan sains sukan di peringkat antarabangsa… dengan itu taklah muda-muda nanti dah bersara kerana injury sana sini.

Pasukan PSGFM mempunyai kepakaran sains sukan bertaraf dunia dan kini ramai mengakuinya.

FATANI NUSA BAKTI

 

 

Written by PemegangAmanah