Alhamdulillah, para pesilat yang bertanding mewakili pasukan Akademi Silat Malaysia telah menerima suntikan semangat apabila menerima insentif  daripada kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dalam mengharungi Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan Siri III/2018 yang berlangsung di Sherwood Gateway International Hotel, Bandar Baru Bangi.

Ahli Parlimen Shah, YB Khalid Samad telah berbesar hati membantu pasukan ini dalam mempertahankan kategori yang diwakili oleh para pesilat yang gigih berlatih sejak 2 bulan lepas.

Sumbangan ini, diharapkan dapat membantu para pesilat ini dalam menyediakan kelengkapan lengkap untuk bertanding selaku pesilat yang beraksi di peringkat kebangsaan.

Akademi Silat Malaysia diwakili oleh para pesilat yang telah mencipta nama dalam Silat Tempur antaranya adalah Elissa Sarah, Eilya Sofea, Muhammad Basir, Abdullah Basir dan Azraf Luqman yang pernah menjuarai kejohanan sebelum ini.

 

 

 

 

Written by PemegangAmanah