Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Allah.

Kini Malaysia sudah melahirkan ramai jurulatih Seni Silat Malaysia bertauliah.

Terkini, PESONA SARAWAK dan PESONA MALAYSIA telah menganjurkan Bengkel Kejurulatihan dan Pengadilan Peringkat Kebangsaan 2022 di Kuching Sarawak. Penganjuran tersebut telah mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Ramai telah menyertai dan menguasai ilmu Seni Silat Melayu ini.

Tahniah!

Bengkel yang dijalankan di Dewan Suarah Negeri Sarawak, Kuching menjadi saksi terhadap kehebatan jurulatih-jurulatih Silat di Sarawak menguasai ilmu kejurulatihan dan pengadilan Seni Silat Malaysia.

Pihak PSGFM diwakili oleh GM Aminuddin Anuar, GM Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, PT Coach Hazim Samsudin, Coach Mohd Salehin Ramli, Coach Nurul Azlan Aziz dan Cik Puan Liyani Hazwani Rohaizat.

SILAT UNTUK SEMUA.

Written by PemegangAmanah