***PSGFM THE BEST WORLD SILAT ASSOCIATION OF THE YEAR 2022***

International Martial Arts and Malay Silat Festival (IMAF2022) adalah satu projek komuniti antarabangsa berimpak tinggi melalui penganjuran bersama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

Program yang berlangsung pada 28 – 30 September 2022 di Hotel Everly, Putrajaya Malaysia membawakan ramai rakan strategik penganjuran termasuklah The International Centre of Martial Arts for Youth Development and Engagement under the auspices of UNESCO (UNESCO ICM), Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA), Pusat Ko-kurikulum UiTM, Shah Alam Selangor, Kementerian Perpaduan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Yayasan Digital Malaysia.

Antara penaja yang menaja program ini adalah ANS Skills, Sate Baung, Origamas, Chocotainer, Agami Group Ustaz Don, Smoked Kingdom by Don Daniyal, Vortex Vision by Don Daniyal, Top Gun Kangen Centre, Barakah Agency termasuklah orang perseorangan iaitu Puan Asnah Mansor, Puan Norizan Mansor, Puan Aisyah Mansor.

Program ini melibatkan seramai 1000 orang peserta (sepanjang 3 hari) dari pelbagai komuniti seperti para pelajar dan guru sekolah, para pelatih guru dari Institut Perguruan Guru Malaysia, para pesilat dan jurulatih silat dari pelbagai perguruan silat di bawah PESONA Malaysia, para pakar seni mempertahankan diri dari Aikido Shudokan Malaysia, wusyu (China, WuZhuangYuan Sport Academy), Silat Melayu (Malaysia, PSGFM), Taekwondo (Korea, UNESCO-ICM), Capoeira (Brazil, UNESCO-ICM), Samba (Brazil, UNESCO-ICM), Wusyu (China, UNESCO-ICM), Batakor (Kemboja, UNESCO-ICM), Pencak Silat (Indonesia, UNESCO-ICM), Taekkyeon (Korea, UNESCO-ICM), Muay Thai (Thailand, UNESCO-ICM). Seramai 22 orang peserta antarabangsa dari UNESCO ICM hadir ke IMAF2022.

Antara program yang berlangsung adalah bengkel Seni Silat Malaysia, Persembahan Seni Mempertahankan diri dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seni mempertahankan diri dan negara, Seminar Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa dari wakil FSR UiTM, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), KBS, Cardiff Metropolitan University, United Kingdom (CardiffMet), JKKN dan UNESCO ICM.

Turut berlangsung Kejohanan Silat Seni dan Silat Olahraga Peringkat Kebangsaan yang melibatkan 120 orang peserta termasuklah dari Syria, UAE dan Bangladesh. Pasukan doktor selaku bantuan kecemasan dari Tengku Ampuan Rahimah Hospital, Klang juga turut hadir memantau kejohanan yang berlangsung.

Turut berlangsung adalah upacara menandatangani Memorendum Persefahaman (MOU) di antara UiTM dengan UNESCO (UNESCO ICM), Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), and Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA) di Mesmera Hall, Hotel Everly Putrajaya yang telah dimulakan oleh FSR untuk tujuan menggalakkan kerjasama akademik dan penyelidikan antara semua pihak.

Perasmian IMAF2022 telah dilakukan oleh Prof Dr Mohad Anizu Mohd Nor (FSR, UiTM) dan perasmian penutup telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Perpaduan iaitu Yang Berhormat Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal. Di antara tetamu jemputan kehormat yang hadir adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Haji Mohd Sazili Shahibi, dengan Setiausaha Agung, Encik Park Chang–Hyun mewakili UNESCO ICM, Tuan Guru Aminuddin Anuar mewakili PSGFM dan PESONA sebagai Guru Utama (Grandmaster).

Penandatanganan MoU itu disaksikan oleh Naib Canselor Industri, Jaringan Komuniti dan Alumni (ICAN), Profesor Dr Mohamad Hariri Hj Abdullah, Penolong Naib Canselor Internalisasi, Profesor Dr Shahriman Zainal Abidin, Dekan FSR, Prof Dr Mohad Anizu Mohd Nor, Pasukan Penyelidikan & Pembangunan UNESCO ICM, Encik Lee Kang–Hyeok, Presiden PSGFM, Grandmaster Mohd Safwan Abu Hassan, dan Grandmaster Assoc.Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Presiden PESONA.

Turut hadir adalah para pengamal media cetak dan media sosial (TikTok, Youtube, Instagram, Utusan Malaysia), para ibu bapa pesilat, para peminat silat termasuklah dari rumah anak-anak yatim dan peminat seni mempertahankan diri dari pelbagai agensi dan para pengamal seni dan budaya di Malaysia.

Antara objektif program ini adalah:

(1) Memperkukuh rangkaian seni bela diri dunia UiTM di Malaysia daripada pelbagai aliran untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat seni mempertahankan diri Melayu;

(2) Menghimpunkan seni mempertahankan diri tradisional dan moden di Malaysia di peringkat antarabangsa,

(3) Mempromosikan sejarah sosiobudaya rakyat Malaysia tradisional dan moden kepada dunia;

(4) Memasyarakatkan seni bela diri dan memupuk jati diri serta disiplin dalam seni mempertahankan diri dalam kalangan generasi muda sebagai satu keluarga (Keluarga Malaysia);

(5) Mengembalikan silat sebagai medium perpaduan di Malaysia dan persada antarabangsa sebagai satu keluarga;

(6) Memperkukuh silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi Malaysia sebagai warisan bangsa;

(7) Mempromosikan warisan dan budaya Malaysia kepada masyarakat dunia seni mempertahankan diri terutamanya terhadap kesan pelancongan seni mempertahankan diri;

(8) UiTM untuk memperjuangkan kerjasama penyelidikan, aktiviti dan program dengan rakan kongsi global di seluruh dunia.

Program yang dinyatakan di atas berdasarkan keperluan terkini dalam menyahut seruan kelestarian dan matlamat (UNESCO and Sustainable Development Goals, SDG) UNESCO Antarabangsa. Ia bertepatan dengan matlamat SDG yang ketujuh belas (SDG 4) iaitu Kerjasama Demi Matlamat (Partnerships for The Goals).

Program ini adalah selari dengan tema kedua dalam RMK12 iaitu Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti. Program ini juga memperkukuhkan kaedah pelaksanaan dan menggiatkan semula Kerjasama Global untuk Pembangunan Mampan.

Written by PemegangAmanah