Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) untuk kali ketiga 2018 telah berlangsung meriah dengan kehadiran ahli-ahli MT yang komited hadir pada kali ini. Perjumpaan yang berlangsung selama 5 jam ini telah memberikan pelbagai isu yang perlu ditangani oleh PSGFM dalam mengembangkan Silat Melayu secara teratur dan strategik.

Gerak kerja yang teratur amatlah perlu dilakukan dengan pelbagai aktiviti yang bakal melibatkan PSGFM sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Di antara ahli-ahli MT yang hadir adalah Exco Antrabangsa, Exco Adat Melayu, Exco Kerohanian, Exco Penyelidikan, Exco Multimedia dan Strategik, Exco Pendidikan Rendah, Menengah dan IPT, Exco Kejurulatihan serta Exco Undang-undang.

Majlis dimulakan dengan ucapan dan tayangan video oleh Guru Utama PSGFM, Tuan Guru Super Grandmaster Aminuddin Hj Anuar. Disusuli dengan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Super Grandmaster Mohd Shahiid Elias.

Beberapa isu dalaman dan luaran yang perlu ditangani segera supaya operasi PSGFM dapat berjalan dengan baik.

Majlis jamuan Hari Raya juga diadakan dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ahmad Farhan. Suasana ceria dan meriah berlangsung dalam majlis tersebut.

Tahniah PSGFM.

 

 

 

Written by PemegangAmanah