Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Dahlia yang telah menamatkan kajian penyelidikan beliau di peringkat Sarjana dalam bidang Sains Sukan.

Walaupun beliau sibuk dengan kerjaya beliau namun usaha gigih ini amat dihargai oleh pihak PSGFM.

Selaku pengkaji silat terbaik PSGFM 2017 kejayaan beliau ini menjadi pembakar semangat kepada semua ahli yang boleh menyumbang tenaga, kepakaran mahupun kewangan bergantung kepada keupayaan masing-masing.

Kajian beliau dalam bidang Silat ini telah membuka mata banyak pihak terhadap penyelidikan sukan silat olahraga.

Syabas PSGFM ucapkan.

Kejayaan Demi Kejayaan

Written by PemegangAmanah