Kinrara, Selangor – Kerja keras Tuan Zulfahmi Lukaman selama 3 tahun ini akhirnya memberikan hasil apabila beliau telah dinobatkan Anugerah Pesilat Terbaik Malaysia (Lelaki) di Anugerah Silat Kebangsaan 2019 (ASK2019)  untuk tahun 2019.

Pastinya kejayaan ini amat bermakna kepada beliau yang telah hadir bersungguh-sungguh belajar Seni Silat Melayu di Shah Alam dari Terengganu.

Beliau telah mengikuti banyak program-program PSGFM dan kini bertugas sebagai Juri Kejohanan Seni Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Syabas dan Tahniah!

Written by PemegangAmanah