Featured Image

Salam Lebaran 1440H

Shah Alam, Selangor – Pihak Pengurusan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019 kepada seluruh ahli yang menyambutnya di seluruh negara. Semoga Lebaran kali ini memberikan harapan dan sinar yang baru dalam kita meneruskan perjuangan Seni Silat Melayu yang telah diwarisi zaman berzaman.   “Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku… Read more »

Featured Image

Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 PSGFM OFFICIAL

Shah Alam, Selangor – Guru Utama merangkap Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM OFFICIAL), YM GM Aminuddin Anuar telah memberikan persetujuan untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2019. PSGFM OFFICIAL menjemput semua ahli berdaftar dari seluruh negara untuk hadir dan beramah mesra bersama-sama para pesilat, guru, jurulatih, ahli-ahli majlis tertinggi dan pengurusan . Majlis akan… Read more »

Featured Image

Majlis Berbuka Puasa PSGFM Disambut Penuh Kesyukuran

Majlis Berbuka Puasa Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) berlangsung dalam penuh suasana penuh kesyukuran di Kinrara Resort & Hotel.Timbalan Pengerusi, Tuan Mohd Saofiean Bin Bachok hadir mewakili TG GM Aminuddin Anuar tiba awal mengikuti keseluruhan penerangan ringkas oleh Naib Setiausaha Agung, Cik Azizah Aziz.

Featured Image

Jurulatih Silat Gigih Berlatih Selepas Solat Terawih

Latihan selama tiga jam diteruskan pada setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) untuk mengekalkan momentum dan tenaga sepanjang bulan yang penuh mulia ini. Para jurulatih dan pesilat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) kini gigih berlatih sepanjang bulan Ramadhan.

Featured Image

Pesilat Australia Gigih Berlatih Sepanjang Bulan Ramadhan 2019 Sebelum Pulang

Ada hati semua jadi. Para pesilat Australia gigih menjalani latihan di Shah Alam Selangor bersama-sama TG GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie secara intensif bermula 7 Mei 2019. Ini adalah persediaan terakhir sebelum mereka memasuki program khas pesilat Australia selama setahun (periodisasi) di Australia, Maghribi dan Sepanyol dan akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menyertai Kejohanan Silat Tempur Antrabangsa 2020.

Featured Image

Akhirnya… Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu Juara Keseluruhan Piala Aminuddin Anuar Untuk Tahun 2019

Ahmad Aniq Akmal dari pasukan Kelab Silat SRAI berjaya mengalahkan Uthman Wazir Mohamad Azlan dari Akademi Silat Malaysia pada perlawanan terakhir dengan markah keseluruhan 34 – 33. Sekaligus menggagalkan usaha Akademi Silat Malaysia memungut pingat emas keenam mereka. Disebabkan bilangan pingat perak pasukan Akademi Silat Malaysia melebihi pasukan Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu, kemenangan Uthman akan membantu Akademi Silat Malaysia memenangi Piala Aminuddin Anuar untuk kali kedua untuk tahun 2019.

Featured Image

Silat Tidak Pupus Kerana…

Nama-nama seperti Puteri Elissa Sarah, Imran Hadiff, Amierul Adam, Puteri Eilya Sofea, Adam Thaqiff, Dania Nur Dini, Nurhumaira, Alieff Ashraff, Mohamad Azraf Luqman, Ammar Fakhri, Nur Hannan Khalisya, Muhammad Faris Hadiff, Abdullah (Australia) dan Muhammad (Australia) telah menjadi buah mulut dalam dunia kejurulatihan silat kerana kualiti persembahan yang dipamerkan ketika kejohanan berlangsung. Secara langsung, ini menunjukkan bahawa PSGFM Official telah berjaya memertabatkan Silat Melayu dalam peta seni mempertahankan diri secara global.

Featured Image

Silat Tempur Siri Kedua 2019 – Endgame

Kinrara, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar Siri Kedua/2019 (Endgame) akan berlangsung pada 3-5 Mei 2019.Kejohanan kali ini bakal menyaksikan pilihan-pilihan utama pesilat cilik dan remaja di Malaysia turun beraksi untuk kali kedua pada tahun ini.Para pesilat yang bakal menyertai kejohanan kali ini adalah dari pasukan Akademi Silat Malaysia, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Fatani Bersatu, Kelab Silat Tempur Serdang, pasukan Australia, pasukan Syria, Kelab Silat Tempur Sepang Bersatu, Kelab Silat Olahraga Seremban dan lain-lain lagi.

Featured Image

Pesilat Antarabangsa Tunjuk Prestasi Hebat Silat Tempur

Shah Alam, Selangor – Pesilat-pesilat antarabangsa menunjukkan pencapaian luar biasa di Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa Siri 1/2019, Piala Aminuddin Anuar di Kinrara Resort, Puchong yang berlangsung pada 22-24 Mac 2019.

Featured Image

Akademi Silat Malaysia Juara Keseluruhan Piala Aminuddin Anuar 2019

Kinrara, Puchong, Selangor – Akademi Silat Malaysia merangkul enam pingat emas, empat perak dan satu gangsa di Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa Siri 1/2019, Piala Aminuddin Anuar di Kinrara Resort, Puchong. Pencapaian ini adalah yang pertama sejak menyertai kejohanan ini sepanjang sebelas siri penganjuran kejohanan sukan ini sejak 2013. Mereka yang memenangi… Read more »

Featured Image

Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2019 – Siri 1

Kinrara, Puchong, Selangor – Sebanyak 16 kelas daripada empat kategori yang melibatkan 50 orang peserta bakal dipertandingkan pada Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa Siri 1/2019. Kejohanan akan berlangsung di Kinrara Resort, Punchong Selangor pada 22-24 Mac 2019. Sebanyak 12 pasukan bakal bertanding pada kejohanan selama 3 hari ini. Berikut adalah sejarah penganjuran… Read more »

Featured Image

Silat Tempur Mendapat Perhatian Antarabangsa

Shah Alam, Selangor – Sukan Silat Tempur kini telah mendapatkan pengiktirafan antarabangsa apabila kajian mengenai sukan yang terkenal di kalangan kanak-kanak dan remaja ini telah diterbitkan di jurnal ilmiah antarabangsa. Sukan yang telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan dan jemputan antarabangsa ini adalah hasil penyelidikan GM Tuan Guru Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan mula… Read more »

Featured Image

Kejohanan Silat Tempur – 4 Siri Kejohanan Bakal Berlangsung Pada 2019

Kinrara, Puchong – Empat siri kejohanan Silat Tempur akan berlangsung pada tahun 2019 di mana bakal melibatkan 20 kelab silat di Malaysia. Pihak penganjur iaitu Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) menyasarkan seramai 500 orang penyertaan dari kelab-kelab silat yang aktif mengembangkan silat di Malaysia. Berikut adalah tarikh-tarikh yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan tertinggi… Read more »

Featured Image

24 Mac 2019 – Siri Pertama Silat Tempur Bakal Berlangsung di Kinrara Resort, Puchong, Selangor.

Shah Alam, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa Siri 1/2019, Piala Aminuddin Anuar bakal berlangsung pada 24 Mac 2019 di Kinrara Resort, Puchong Selangor Darul Ehsan. Adalah dijangkakan jumlah peserta yang bakal menyertai kejohanan kali ini adalah ramai kerana pada tahun 2018, 4 siri kejohanan yang berlangsung telah melibatkan hampir 200… Read more »

Featured Image

Kejohanan Silat Tempur Piala Aminuddin Anuar 2019 – Liga Silat Pertama Di Dunia Bertaraf 5 Bintang

Kinrara, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar 2019 bakal berlangsung dengan 4 siri kejohanan yang bakal menarik perhatian para pesilat dalam dan luar negara. Kejohanan yang bakal melibatkan hampir 300 orang pesilat bakal menarik perhatian pasukan ternama seperti Akademi Silat Malaysia, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Fatani Bersatu,… Read more »

Featured Image

Grand Finale 2018 – Silat Tempur Sukan Silat Nombor 1 di Malaysia

Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa Siri IV/2018 (Grand Finale 2018) telah berlangsung dengan hebohnya di Kinrara Resort, Puchong, Selangor Darul Ehsan pada 2 Disember 2018. Siri kejohanan yang ini telah berjaya menarik hampir 300 orang peserta dari seluruh negara menyertai kejohanan ini yang juga dikenali sebagai Piala Aminuddin Anuar. Kejohanan Silat Tempur… Read more »

Featured Image

Tahniah Aminuddin Anuar

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan setinggi tahniah kepada Guru Utama PSGFM, YM Tuan Guru Super Grandmaster Aminuddin Anuar yang kekal menerajui kepimpinan PSGFM buat sesi 2017-2019. Perkara ini telah termaktub berdasarkan perlembagaan PSGFM yang menyatakan bahawa perlu dijalankan Mesyuarat Agung yang baru untuk menentukan halatuju pertubuhan silat ini. Mesyuarat yang membahaskan pelbagai… Read more »

Featured Image

Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2017

Berita Terkini… Adakah anda bersedia untuk Silat Tempur 2017? Kejohanan Silat Tempur akan kembali pada 25 November 2017. Sudahkah anda mendaftar? Tahukah anda sejumlah RM20, 000.00 hadiah wang tunai dipertandingkan. Pendaftaran kini terbuka kepada semua. Maklumat lanjut mengenai Silat Tempur dan tatacara pertandingan: – Setiap pasukan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM 50.00. Manakala setiap pesilat… Read more »

Featured Image

Anugerah Jurulatih Silat Terbaik [Lelaki]

Anugerah Silat Kebangsaan 2017 telah melabuhkan tirai pada 15 Julai 2017. Malam anugerah tersebut telah berlangsung di hotel bertaraf 5 bintang di Shah Alam iaitu Hotel Grand Bluewave. Majlis tersebut yang juga dikenali ASK2017 telah diserikan lagi dengan kehadiran YM Tuan Guru Utama, Aminuddin Hj Anuar yang hadir dari Sabah. ANUGERAH PESILAT TERBAIK MALAYSIA [LELAKI]… Read more »

Featured Image

Inovasi Pembelajaran dalam Silat Melayu

Kejayaan Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dalam bidang inovasi silat telah membuka mata ramai pihak mengenai potensi Silat Melayu ke peringkat antarabangsa. Produk beliau iaitu Silat for Beginners telah berjaya dipasarkan serata dunia. Lebih manis lagi apabila beliau telah berjaya membawa pulang Pingat Emas di Research Innovation Symposium & Exposition (RISE) 2015 dan… Read more »

Featured Image

Silat Melayu di Portugis

Kejayaan Silat Melayu. 1511 adalah tahun kejatuhan Melaka. 2016 adalah tahun Silat Melayu dipentaskan di Portugis. Gambar menunjukkan Tuan Guru Dr Prof Mohamad Nizam Mohamed Shapie selaku panel silat di Persidangan Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa. Pelbagai isu dijawab mengenai Silat Melayu dan peranannya dalam meningkatkan moral kehidupan, khasnya mengenai Transformasi pesilat menjadi seorang yang penuh… Read more »

Featured Image

Silat – Warisan Bangsa Malaysia

Buku terkini oleh Guru Utama PSGFM, Tuan Guru Aminuddin Anuar akan ke pasaran tida lama lagi. Diharapkan para peminat silat di Malaysia menanti dengan penuh sabar. Terdapat beberapa aspek menarik daripada buku ini:  Sejarah silat yang berkait rapat dengan ketamadunan bangsa Melayu Tokoh-tokoh silat tempatan Persoalan mengenai silat Melayu Persoalan mengenai Pencak Silat Banyak lagi… Read more »

Featured Image

Seminar Antarabangsa Melayu 2015

Dr. Nizam Shapie telah membentangkan kertas kerja di Seminar Antarabangsa Warisan dan Tamadun Melayu 2015.Seminar yang berlangsung pada 16-17 Disember 2015 di Hotel One Helang, Langkawi Kedah ini dianjurkan oleh Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman dan Universiti Teknologi MARA Kedah. Maklumat Lanjut Di Sini!

Featured Image

Kejohanan Silat Tempur Kebangsaan Piala Aminuddin Anuar

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) akan menganjurkan Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2015 Piala Aminuddin Anuar. Sebarang maklum balas mengenai butir-butir kejohanan ini boleh didapati di laman web utama PSGFM di Laman Rasmi Silat Tempur 2015. Berikut adalah butiran kejohanan yang lepas: 1. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 1 [Zon Tengah] – Berlangsung pada 11 hingga… Read more »

Featured Image

Kongress Warisan Melayu Sedunia 2014

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang baru pulang dari 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014, Rzeszow, Poland telah dijemput untuk menjadi Rakan Strategik sempena Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 yang berlangsung di Matrade Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur pada 28-29 Oktober 2014. Jemputan ini termasuk menyediakan ruang… Read more »