Tag: psgfm sabah
Jurulatih Silat Gigih Berlatih Selepas Solat Terawih
Latihan selama tiga jam diteruskan pada setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad) untuk mengekalkan momentum dan tenaga sepanjang bulan yang penuh mulia ini. Para jurulatih dan pesilat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) kini gigih berlatih sepanjang bulan Ramadhan.
Kajian-kajian Silat Terkini oleh Penyelidik Seni Gayung Fatani yang Mendapat Penghargaan Antarabangsa
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM Official) adalah merupakan sebuah agensi silat yang paling berjaya di dunia. Kejayaan-kejayaan ini dapat dilihat sejak 2013 di bawah kepimpinan Guru Utama, YM TG Super Grandmaster Aminuddin Anuar. Sejarah aktiviti dan kejayaan-kejayaan terkini boleh dilihat pada tahun 2017 dan 2018.
Silat Tidak Pupus Kerana…
Nama-nama seperti Puteri Elissa Sarah, Imran Hadiff, Amierul Adam, Puteri Eilya Sofea, Adam Thaqiff, Dania Nur Dini, Nurhumaira, Alieff Ashraff, Mohamad Azraf Luqman, Ammar Fakhri, Nur Hannan Khalisya, Muhammad Faris Hadiff, Abdullah (Australia) dan Muhammad (Australia) telah menjadi buah mulut dalam dunia kejurulatihan silat kerana kualiti persembahan yang dipamerkan ketika kejohanan berlangsung. Secara langsung, ini menunjukkan bahawa PSGFM Official telah berjaya memertabatkan Silat Melayu dalam peta seni mempertahankan diri secara global.
Silat Tempur Siri Kedua 2019 – Endgame
Kinrara, Selangor – Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa, Piala Aminuddin Anuar Siri Kedua/2019 (Endgame) akan berlangsung pada 3-5 Mei 2019.Kejohanan kali ini bakal menyaksikan pilihan-pilihan utama pesilat cilik dan remaja di Malaysia turun beraksi untuk kali kedua pada tahun ini.Para pesilat yang bakal menyertai kejohanan kali ini adalah dari pasukan Akademi Silat Malaysia, Pusat Cemerlang Silat, Kelab Silat Fatani Bersatu, Kelab Silat Tempur Serdang, pasukan Australia, pasukan Syria, Kelab Silat Tempur Sepang Bersatu, Kelab Silat Olahraga Seremban dan lain-lain lagi.
You must be logged in to post a comment.