Pihak Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan 1439 H kepada seluruh ahli PSGFM yang beragama Islam di Malaysia dan di mana juga anda berada. Dengan hadirnya Ramadan ini masyarakat beragama Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa selama sebulan – bermula dengan terbitnya fajar hingga terbenam… Read more »
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua susulan kemenangan Pakatan Harapan mengalahkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Pada PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei… Read more »
Penganjuran Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2018, Siri Ke II, Piala Aminuddin Anuar berlangsung meriah. Sambutan yang luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung menggambarkan sukan tempur ini mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. 60 pesilat bertarung dalam pertandingan satu hari ini dalam merebut kejuaraan yang menawarkan hadiah berjumlah RM20,000.00. Para pesilat mengumpul mata dan ranking untuk… Read more »
Bengkel dan Seminar Kita Juara 2018 telah diadakan di Telupid Sabah. Bengkel dan Seminar satu hari ini bertujuan mempersiapkan para pesilat Sabah sebagai menghadapi Sukan SAGA yang akan dijadualkan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri 201. YM Tuan Guru Super Grandmaster YB Aminuddin Anuar telah dijemput sebagai pengendali seminar dan bengkel tersebut. Penekanan telah diberikan terhadap stamina,… Read more »
Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan Siri Ke II akan berlangsung pada 5 Mei 2018. Kejohanan kali ini akan berlangsung di di Sherwood Gateway Hotel, Bandar Baru Bangi. Kejohanan yang bakal menjadi medan menguji tahap prestasi para atlit kanak-kanak dan remaja yang giat berlatih di gelanggang-gelanggang silat berdaftar Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Kejohanan kali… Read more »
PENGUMUMAN RASMI! Adalah dimaklumkan bahawa Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan Siri II, Piala Aminuddin Anuar akan dijalankan pada 4-5 Mei 2018 di Sherwood Gateway Hotel, Bandar Baru Bangi. Susulan dengan pengumuman Suruhanjaya Piliharaya Malaysia bahawa PRU14 akan berlangsung pada 9 Mei 2018, maka kejohanan bertaraf lima bintang ini akan dijalankan seperti mana yang telah dirancang… Read more »
Berita Terkini… Adakah anda bersedia untuk Silat Tempur 2018? Kejohanan Silat Tempur akan kembali pada 5 Mei 2018 berkonsepkan Avengers. Sudahkah anda mendaftar? Tahukah anda sejumlah RM20,000.00 hadiah wang tunai dipertandingkan. Pendaftaran kini terbuka kepada semua. Maklumat lanjut mengenai Silat Tempur dan tatacara pertandingan: – Setiap pasukan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak… Read more »
Alhamdullilah, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan tahniah di atas kejayaan para pengkaji tegar Silat Melayu iaitu kepada Tuan Guru Super GM Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie bersama-sama pasukan pengkaji di Wales, United Kingdom yang berjaya menerbitkan kajian silat di peringkat antarabangsa berjudul, Effect of circuit training on fighting performance of young silat athletes… Read more »
Pasukan Australia berjaya menggondol Piala Aminuddin Anuar 2018 yang berlangsung dengan jayanya di Sherwood Gateway Hotel, Bandar Baru Bangi. Para pesilat dari Australia menjuarai kategori masing-masing yang dipertandingkan. Abdullah Basir juga telah dinobatkan sebagai Pesilat Terbaik Kejohanan. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang menjadikan kejohanan ini sebagai program tetap tahunan… Read more »
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah menjadi penaja rasmi Persidangan Antarabangsa MOHE2017 (4th International Conference on Movement, Health and Exercise 2017) yang diadakan pada 5-7 Disember 2017 bertempat di Berjaya Waterfront Johor Bahru, Johor. Pihak PSGFM telah dijemput ke MOHE2017 untuk memperkenalkan jenama Silat Melayu di peringkat dunia akademik antarabangsa diketuai oleh Setiausaha… Read more »
Penyertaan para pesilat cilik dan remaja kanak-kanak yang akan bertanding akan ditutup pada 20hb November 2017. Jesteru itu, pihak pengurusan pertandingan Silat Tempur 2017 Peringkat Kebangsaan sedang menyusun gerak -kerja yang bakal berlangsung pada 25 dan 26 November 2017. Jumlah penyertaan semakin meningkat dan usaha gigih dijalankan untuk melancarkan perjalanan pertandingan pada 25 November 2017…. Read more »
Tranformasi Nasional 2050 (TN50) adalah satu cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dilancarkan pada 19 Januari 2017. Ianya merupakan satu inisiatif jangka panjang untuk membentuk hala tuju negara ini bagi tempoh 30 tahun akan datang berdasarkan aspirasi daripada rakyat berlandaskan pendekatan bottom up. Bagi tujuan itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK)… Read more »
Anugerah Silat Kebangsaan 2017 telah melabuhkan tirai pada 15 Julai 2017. Malam anugerah tersebut telah berlangsung di hotel bertaraf 5 bintang di Shah Alam iaitu Hotel Grand Bluewave. Majlis tersebut yang juga dikenali ASK2017 telah diserikan lagi dengan kehadiran YM Tuan Guru Utama, Aminuddin Hj Anuar yang hadir dari Sabah. ANUGERAH PESILAT TERBAIK MALAYSIA [LELAKI]… Read more »
Anugerah Silat Kebangsaan 2017 telah melabuhkan tirai pada 15 Julai 2017. Malam anugerah tersebut telah berlangsung di hotel bertaraf 5 bintang di Shah Alam iaitu Hotel Grand Bluewave. Majlis tersebut yang juga dikenali ASK2017 telah diserikan lagi dengan kehadiran YM Tuan Guru Utama, Aminuddin Hj Anuar yang hadir dari Sabah. ANUGERAH TOKOH SILAT [ANUGERAH KHAS]… Read more »
Sebanyak 17 anugerah akan dipertandingkan pada ASK 2017. Calon pertama yang bakal merebut Anugerah Program Silat Terbaik Antarabangsa adalah Silat European Tour 2014. Pengurus Acara adalah Cik Nur Azizah Aziz, 23 tahun dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ahli-ahli yang terlibat: M. Salehin Ramli Hazim Samsudin Mohamad Nizam Mohamed Shahiid Elias Mohd Shahiid Elias Shuhadah Saleh Mohd… Read more »
Gambar diambil pada tahun 2013. Ini adalah Seminar dan Bengkel Silat Tempur Pertama peringkat Kebangsaan yang dijalankan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Seminar dan Bengkel Silat Tempur Kali Pertama ini dikendalikan oleh Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie. Pada 2016, sukan ini telah dibentangkan di persidangan Sains Sukan peringkat antarabangsa…. Read more »
Tahniah PSGFM! Laman sesawang PSGFM di Facebook kini mencecah 5000 orang peminat / Likers. Ini menunjukkan kepercayaan masyarakat kepada Silat Melayu. Pelbagai promosi, aktiviti dan soal-jawab dilakukan di laman tersebut. Diharapkan para pesilat, jurulatih dan pentadbir PSGFM dapat mengukuhkan lagi PSGFM selaku pengamal terbesar dan utama Kurikulum Seni Silat Malaysia. Syabas semua! #terbaiksilat #fblikers #psgfm
Adakah anda bersedia untuk Silat Tempur 2017? Sudahkah anda mendaftar? Tahukah anda sejumlah RM20, 000.00 hadiah wang tunai dipertandingkan. Di manakah anda ketika kejohanan ini berlangsung pada tahun 2015? Pendaftaran kini terbuka kepada semua. Dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Silat Tempur 2017 Maklumat lanjut mengenai Silat Tempur dan tatacara pertandingan boleh didapati di Tatacara… Read more »
Gambar diambil pada tahun 2009 di antara 2 jurulatih PSGFM di Gelanggang Pusat Cemerlang Silat di Bandar Baru Bangi. Latihan senjata hanya diberikan kepada para pesilat yang layak. Kelayakan ini boleh dilihat pada manual Seni Silat Malaysia. #jangantirudirumah #silatmelayu #tempursenjata
Kejayaan Silat Melayu. 1511 adalah tahun kejatuhan Melaka. 2016 adalah tahun Silat Melayu dipentaskan di Portugis. Gambar menunjukkan Tuan Guru Dr Prof Mohamad Nizam Mohamed Shapie selaku panel silat di Persidangan Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa. Pelbagai isu dijawab mengenai Silat Melayu dan peranannya dalam meningkatkan moral kehidupan, khasnya mengenai Transformasi pesilat menjadi seorang yang penuh… Read more »
Gambar menunjukkan para pesilat yang menjadi juara dalam kelas yang dipertandingkan pada kejohanan silat tempur peringkat kebangsaan Piala Aminuddin Anuar. Kejayaan penganjuran yang berjaya memberi peluang kepada para pesilat kanak-kanak yang berada dalam tahap1 dan tahap 2 dalam Sukatan pelajaran Seni Silat Malaysia untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam sukan tempur silat. #silattempur #pialaaminuddinanuar #senisilatmalaysia
Kejayaan pasukan Malaysia di Portugal adalah merupakan landasan yang tepat membuktikan penerimaan Seni Silat Malaysia di peringkat dunia. Sambutan yang diterima amat mengalakkan susulan daripada kejayaan Silat European Tour 2014. Ramai pakar seni bela diri telah menyuarakan kekaguman mereka terhadap seni mempertahankan diri Malaysia ini. Ketahui maklumat lanjut di Rahsia Kejayaan Silat Melayu.
Mesyuarat Majlis Tertinggi PSGFM 2015-2017 telah diadakan di Batu 13, Kajang, Selangor Darul Ehsan pada 29 November 2015. Tahun 2016 bakal melihat PSGFM bakal menguasai ilmu persilatan tanah air melalui bidang keilmuan pendidikan silat. Ikuti maklumat lanjut Mesyuarat MT PSGFM di sini
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) merakam ucapan takziah buat keluarga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju yang kembali ke Rahmatullah di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur pada jam 3.20 pagi tadi. Omardin adalah guru utama daripada PSSLM yang merupakan salah satu badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Tiga… Read more »
Tahniah diucapkan kepada Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu yang merangkul Juara Keseluruhan yang membawa pulang Piala Pusingan Aminuddin Anuar pada kali ini! Ikuti maklumat lanjut Pertandingan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan – Piala Aminuddin Anuar 2015 yang berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) akan menganjurkan Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2015 Piala Aminuddin Anuar. Sebarang maklum balas mengenai butir-butir kejohanan ini boleh didapati di laman web utama PSGFM di Laman Rasmi Silat Tempur 2015. Berikut adalah butiran kejohanan yang lepas: 1. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 1 [Zon Tengah] – Berlangsung pada 11 hingga… Read more »
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah mengadakan Program Silat di Eropah. PSGFM telah meletak nama sebagai sebuah perguruan yang bertaraf dunia apabila memdapat anugerah persembahan terbaik seni beladiri dunia di Gala Seni Mempertahankan Diri, Rzeszow, Poland. Bersyukur kita dengan kejayaan Program Silat European Tour 2014 telah berjaya dilaksanakan menerusi kerjasama erat Pertubuhan Seni Gayung Fatani… Read more »
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah mengadakan Bengkel Pergendangan Muzik Silat Baku Malaysia di Hotel Avillion, Port Dickson pada 5 hingga 7 September 2014. Sebagai perguruan yang berjaya membangunkan amalan permainan tradisi rakyat silat pulut, PSGFM berjaya melahirkan generasi muda sebagai pelapis yang dapat mengekalkan pergendangan silat Melayu yang dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia. Peralatan… Read more »
Sebarang sumbangan sebanyak RM 1 - RM 5
boleh dibuat secara online, tunai mahupun cek ke:
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia
No. 15, Blok 2, Jalan Tinju 13/50,
Worldwide Business Centre, Seksyen 13,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.
You must be logged in to post a comment.