Pembentangan Kajian Silat Di Persidangan Antarabangsa Sains Sukan

wpid-susun-jalur.jpg

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah memberikan peluang kepada kita untuk bersama-sama PSGFM mengembangkan silat melayu ke peringkat antarabangsa. Selepas pemergian Pendita Silat Malaysia iaitu Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN dalam mengembangkan silat ke serata dunia melalui revolusi sistem latihan dan pendidikan silat tradisi ke moden, usaha gigih itu telah disambung oleh anak didik beliau iaitu Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamad Shapie. Beliau telah diberikan penghormatan oleh penganjur untuk membentangkan kajian silat di dalam persidangan tersebut.

kajian silat

Persidangan sains sukan ‘Performance Analysis’ peringkat antarabangsa ini telah berlangsung di Langkawi pada 21-24 April 2014 yang dihadiri oleh pakar-pakar sukan dalam bidang masing-masing dalam membentangkan kajian sukan yang berlaku di serata dunia. ‘Asia Pacific Conference on Performance Analysis of Sport (APCPAS)’ melibatkan penyertaan daripada lebih 60 delegasi antarabangsa.

APCPAS2014 adalah penerusan usaha oleh sekumpulan saintis sukan antarabangsa untuk membangunkan bidang Performance Analysis of Sport (Analisis Prestasi Sukan) di peringkat global. Kajian dalam bidang Performance Analysis telah berkembang pesat di Eropah dan kini  dibawa ke  Asia untuk membangunkan dan menyebarkan pengetahuan Performance Analysis (Analisis Prestasi Sukan) kepada para penyelidik dan pengamal di Asia. Edisi pertama persidangan berlangsung dengan jayanya di Holiday Villa Langkawi, Malaysia.

dr nizam shapie

Tuan Guru Dr. Nizam Shapie yang mewakili delagasi dari Malaysia (UiTM Shah Alam) telah mengharumkan nama negara dan sukan silat apabila membentangkan kajian ilmiah beliau bertajuk ‘Effect of Circuit Training on Match Performance of Young Silat Performers – A Case Study’. Kajian yang telah dilakukan di Malaysia dan mengguna-pakai teknologi perisian di United Kingdom ini memberikan impak kepada persidangan tersebut kerana diletakkan di bawah tajuk sukan tradisi/seni mempertahankan diri.

Tuan Guru yang mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan (PhD dalam kejurulatihan silat) dan pengalaman yang luas dalam pertandingan silat, kejurulatihan silat dan kajian silat antarabangsa telah membentangkan kajian daripada dua sudut berbeza iaitu selaku seorang saintis sukan dan juga jurulatih sukan. Kajian beliau ini mendapat pujian daripada beberapa delegasi sukan yang lain khasnya sukan seni mempertahankan diri.

kajian silat eropah

* Tuan Guru Dr. Nizam Shapie bergambar bersama
Pengasas bidang Performance Analysis, Prof Mike Hughes,
Professor dalam bidang Performance Analysis di
London Sports Institute, Middlesex University,
United Kingdom semasa sesi makan malam persidangan.

 

Pembentangan Kajian Silat Dunia

Pihak PSGFM menyanjung tinggi usaha yang telah dilakukan oleh Tuan Guru Dr. Nizam Shapie dalam mengembangkan silat melalui kajian akademik. Diharapkan beliau terus gigih mengharumkan nama negara serta mengangkat darjat sukan silat Malaysia setanding dengan sukan-sukan yang bertaraf dunia. Bersama-sama kita mendoakan usaha beliau ini diberkati Allah.

‘Majulah Silat Untuk Negara’

sijil

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com