Silat European Tour 2014 : Day 6

banner Silat European Tour 2014

TERKINI!

red_arrows_whitebg

TAHNIAH di atas KEJAYAAN Pasukan Silat MALAYSIA yang berjaya mendapat Piala Persembahan Terbaik di 3rd Martial Arts’ Gala (3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014)

Piala Kemenangan Pasukan Malaysia.[Piala Kemenangan Pasukan Malaysia]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 kini telah memasuki hari keenam.

Para delegasi dari PSGFM  kini telah menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh peminat-peminat silat di Malaysia. Alhamdulillah  para peserta dari Malaysia telah membuat satu persembahan SILAT MALAYSIA yang amat baik dan unik di hadapan para delegasi negara-negara lain / seni mempertahankan diri yang lain.

Malaysia telah memenangi Piala Persembahan Terbaik pada tahun 2014. Semoga segala usaha para pesilat Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa.

 

Kebanggaan Malaysia. Nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie terletak di Poster (bahasa Poland) bersama pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain untuk sesi bengkel pada 16 Oktober 2014.

[Kebanggaan Malaysia. Nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie terletak di Poster (bahasa Poland) bersama pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain untuk sesi bengkel pada 16 Oktober 2014. Beliau akan mengendalikan bengkel Silat Malaysia selama 1 jam di Hala PODPROMIE]

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari keenam ini:

(Waktu Eropah)

Penantian selama ini telah berakhir semalam. Para delagasi Malaysia telah meletak tanda aras di 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts apabila memperkenalkan seni mempertahankan diri SILAT dan mendapat sambutan yang positif. Ramai paya pengkaji dan penyelidik amat berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan sehingga dipilih sebagai pemenang pada hari tersebut.

Panel-panel yang terdiri daripada seni mempertahankan diri antarabangsa [International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society] amat mengalu-alukan penyertaan Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie sehingga beliau menjadi tetamu jemputan mengendalikan bengkel Silat di peringkat tertinggi ini.

Amat membanggakan apabila beliau terpilih dalam Hall of Fame 30 orang mahaguru terbaik dunia dalam persidangan kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang bertungkus-lumus selama lebih tiga bulan yang lepas untuk berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan keringat dalam memertabatkan Seni Silat Malaysia selaku seni mempertahankan diri terbaik di dunia. Semoga Allah memberi keredaan di atas segala usaha yang telah mereka berikan selama ini. Amin.

Ucapan terima kasih kepada Guru Utama PSGFM, Tuan Guru Aminuddin Hj Anuar yang memberi sokongan padu kepada projek kali ini agar sentiasa berjalan lancar.

7.00 pagi: Seperti hari-hari sebelum ini, para peserta bangun awal walaupun masih kepenatan selepas bengkel dan persembahan silat yang berlangsung semalam. Disiplin yang diterap selama ini dalam Silat sentiasa diamalkan tidak kira masa dan tempat.

Minum pagi di hotel.

Minum pagi di hotel.

9.00 pagi: Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Tuan Guru Mohd Shahiid Elias bersama delegasi Malaysia menghadiri hari terakhir persidangan. Walaupun tidak terlibat dengan program sesi pagi, sokongan yang diberikan amat dihargai oleh pihak penganjur. Kehadirin delegasi Malaysia adalah teramai dalam persidangan ini dan amat dihargai oleh para delegasi, ahli jawatankuasa dan peserta yang lain.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bersama poster yang tertera nama beliau.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bersama poster yang tertera nama beliau.

Delegasi Malaysia dari UITM, UM dan KSOB.

Delegasi Malaysia dari UITM, UM dan KSOB.

12.00 tengah hari: Para delegasi dari Malaysia tidak mengikuti  jamuan makan tengah hari yang disediakan kerana perlu bergegas ke sebuah kediaman yang dijadikan tempat solat Jumaat. Walaupun tidak ramai yang beragama Islam di Rzeszow tetapi kewajipan tetap dilakukan tidak kira di mana sahaja berada.

Para delegasi Malaysia bersama panel dari Korea.

Para delegasi Malaysia bersama panel dari Korea.

12.45 tengah hari: Sejurus tiba ke hotel, para delegasi lelaki segera ke tempat solat Jumaat.

Dalam perjalanan untuk solat jumaat di Rzeszow Poland.

Dalam perjalanan untuk solat jumaat di Rzeszow Poland.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bergambar bersama delegasi Malaysia di mesjid Solat Jumaat.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bergambar bersama delegasi Malaysia di mesjid Solat Jumaat.

1.00 tengah hari: Solat Jumaat diimamkan oleh Saudara Mohamad dari Mesir. Beliau mahir berbahasa Poland, Arab dan Inggeris. Kutbah solat Jumaat dilakukan dengan bahasa Arab diikuti dengan bahasa Inggeris (tanpa teks). Beliau mempelawa kami ke restauran kebab untuk berjumpa buat kali terakhir di Poland pada sebelah petang.

Solat Jumaat di Poland.

Solat Jumaat di Poland.

Berbual dengan masyarakat Islam di Rzeszow.

Berbual dengan masyarakat Islam di Rzeszow.

Delegasi Malaysia bergambar dengan masyarakat Islam Rzeszow.

Delegasi Malaysia bergambar dengan masyarakat Islam Rzeszow.

2.00 petang: Sesudah solat Jumaat delegasi Malaysia berkenalan dengan jemaah yang lain dari Khazakstan, Iran, Iraq, Mesir dan Turki. Saudara Mohamad memperkenalkan delegasi Malaysia kepada jemaah yang lain. Pelbagai cerita dan khabar dikongsi bersama termasuk perancangan membuka kelas di Poland tidak lama lagi. Lebih kurang jam 3 petang delegasi Malaysia pulang kembali ke hotel penginapan yang terletak 2 km dari lokasi solat Jumaat.

Minum sesudah solat jumaat di Poland.

Minum sesudah solat jumaat di Poland.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie bergambar bersama-sama Saudara Mohamad (imam solat jumaat) dan rakannya di Rzeszow.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie bergambar bersama-sama Saudara Mohamad (imam solat jumaat) dan rakannya di Rzeszow.

Bergambar di Rzeszow sambil mempromosi silat.

Bergambar di Rzeszow sambil mempromosi silat.

Guru Dr. Nizam bergambar di resauran berdekatan mesjid.

Guru Dr. Nizam bergambar di resauran berdekatan mesjid.

4.00 petang: Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam, Tuan Guru Mohd Shahiid dan Cikgu Mohd. Safwan ke Dara Kebab sebagai memenuhi undangan Saudara Mohamad. Manakala para peserta yang lain berjumpa dengan salah seorang pelajar Malaysia di universiti berdekatan bernama Fatimah. Pelajar tahun akhir di University of Information Technology and Management (UITM) membawa peserta melawat sekitar bandar Rzeszow seperti tugu peringatan perang dan juga Underground Cellar untuk melihat bagaimana keadaan Poland ketika masih dalam peperangan. Beliau juga membawa peserta mencari makanan halal sekitar Rzeszow.

Antara hotel di Rzeszow yang berdekatan dengan mesjid.

Antara hotel di Rzeszow yang berdekatan dengan mesjid.

Guru Shahiid bersilat di hadapan tugu Rzeszow.

Guru Shahiid bersilat di hadapan tugu Rzeszow.

Guru Shahiid bergambar di hadapan DARA KEBAB.

Guru Shahiid bergambar di hadapan DARA KEBAB.

9.00 malam: Para delegasi Malaysia bertemu kembali di Hotel Hilton Garden Inn berbincang untuk sesi esok.

FATANI NUSA BAKTI!

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com