PSGFM selaku penaja utama Wellness X 12

wellness x 12

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pihak PSGFM telah dipilih selaku penaja utama program kecergasan aerobik di kampus induk UITM Shah Alam.

Pemilihan ini dibuat setelah pihak PSGFM mengkaji dan menghargai kepentingan kecergasan untuk kesihatan di kalangan warga kampus UITM. Program yang bakal dianjurkan oleh para pelajar sains sukan semester 3 2013/2014 ini bakal dimeriahkan lagi dengan penaja lain seperti Celebrity Fitness, Curves, Herbalife. Restoran Idaman, Skytrex, IM4U, Astro Awani dan orang-perseorangan yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung.

Antara aktiviti-aktiviti aerobik/kecergasan yang akan dilakukan adalah:

– SILAT

– QIGONG

– HIP HOP

– ZUMBA

– KICKBOXING

– PILATES

Antara tetamu kehormat yang bakal menghadiri acara ini adalah Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor (HEP) UITM, Yang Berbahagia Prof. Madya Dr Mohd Hanafiah Abidin, Dekan Fakulti Sains Sukan UITM, Prof. Dr Norsaadah Binti Ismail, Timbalan Naib Canselor (Industry, Community & Alumni Network) dan Tuan Guru Mohd Shahiid Elias, Setiausaha Agung PSGFM.

Semua dijemput hadir!

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com