Kenduri Tahlil dan Doa Selamat PSGFM 2013

Doa Selamat PSGFM 2013 Tahlil PSGFM 2013

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Dia, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas Nabi Junjungan, Saidina Muhammad SAW, para ahli keluarganya dan sekalian sahabat. Dengan doa selamat sejahtera kepada seluruh Guru, Jurulatih, dan pesilat2 PSGFM yang sama – sama menjaga salasilah dan amanah perguruan. Amin.

Untuk makluman semua ahli, PSGFM telah mengadakan satu majlis Kenduri Tahlil dan Doa Selamat pada 11 April 2013 yang lalu. Majlis ini telah dijayakan bersama oleh AJK Pusat PSGFM, Selangor dan Kuala Lumpur. Majlis ini adalah program yang pertama dilaksanakan, setelah PSGFM mempunyai AJK yang baru, bagi sesi 2013.

Seramai kira2 50 orang ahli kariah Taman Mesra telah bersama – sama mengimarahkan majlis ini. Penduduk setempat sememangnya mengenali ketokohan Allahyarham Tuan Guru Hj Anuar Abdul Wahab AMN dan anakanda beliau, Tuan Guru Aminuddin bin Hj Anuar yang sememangnya aktif dalam aktiviti persilatan serta menetap di kawasan tersebut semenjak 1970-an lagi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib diikuti dengan bacaan Yasin, tahlil buat Allahyarham Tuan Guru Hj Anuar bin Abdul Wahab dan doa selamat buat Guru Utama PSGFM yang baru, iaitu Tuan Guru Aminuddin bin Hj Anuar, ibunda beliau yang sedang uzur ketika ini, serta ahli – ahli PSGFM seluruhnya, semoga semuanya selamat di dalam perlindungan Allah SWT.

Selesai majlis, semua tetamu dijamu dengan makanan dan minuman seadanya. Ahli – ahli kariah secara rata – rata bersyukur dan menyokong usaha Tuan Guru Aminuddin dalam memimpin perguruan ini. Sebahagian mereka mengenali Tuan Guru Aminuddin sejak kecil lagi, dan mengucapkan tahniah serta selamat maju jaya kepada beliau dan AJK yang baru dilantik.

FATANI NUSA BAKTI

PSGFM Guru Aminuddin

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com