NOTIS PEKELILING RASMI PSGFM

notis silat psgfm

NOTIS PEKELILING RASMI

PERTUBUHAN SENI GAYUNG FATANI MALAYSIA (PSGFM)

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa tiga (3) notis pemberitahuan memperbaharui keahlian PSGFM telah diwartakan di laman rasmi PSGFM (www.SeniGayungFatani.com) sepanjang bulan Mac, April dan Mei 2013, yang telah menyeru semua ahli sejak tahun 1976 sehingga kini untuk mendaftar semula keahlian kerana PSGFM kini telah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nombor sijilnya PPM-033-10-14032013.

Sehingga tarikh akhir 31 Mei 2013, nama-nama guru/jurulatih dan gelanggang yang berdaftar dan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti PSGFM hanyalah seperti berikut:

Bil Nama Guru/Jurulatih Gelanggang
1. Tuan Guru Aminuddin bin Hj. Anuar Kelab Fatani Belia Sabah
2. Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin  Mohamed Shapie University of Wales, United Kingdom

Universiti Malaya

Universiti Teknologi MARA

Universiti Sains Islam Malaysia

3. Tuan Guru Mohd Shahiid bin Elias Pusat Cemerlang Silat, MalaysiaKelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi
4. Cikgu Mohd Safwan bin Abu Hassan Kelab Silat Bandar Baru Bangi
5 Cikgu Nur Fiqah bt. Qari Universiti Teknologi MARA

 

Semoga notis ini dapat memberi penjelasan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis-majlis Perbandaran dan Daerah, Universiti-universiti, Sekolah-sekolah dan para ibu bapa yang menghantar anak/tangunggan untuk menyertai latihan/aktiviti silat yang dianjurkan oleh PSGFM.

Pihak PSGFM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah disiplin, salah laku dan apa jua perkara yang melanggar peraturan, perlembagaan PSGFM dan undang-undang negara yang melibatkan jurulatih yang tidak disebut di atas.

 

“FATANI NUSA BAKTI”

(TUAN GURU MOHD SHAHIID BIN ELIAS)
Setiausaha Agong,
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com