Silat Malaysia di Arena Antarabangsa

Piala Kemenangan Pasukan Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah.

Bersyukur kita dengan kejayaan Program Silat European Tour 2014 telah berjaya dilaksanakan menerusi kerjasama erat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Pusat Cemerlang Silat (PCS), Kelab Silat Olahraga Bangi (KSOB), Kelab Silat Universiti Malaya (KSUM), Kelab Silat Olahraga UiTM Seremban 3 (KSOUiTM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan beberapa sukarelawan yang turut serta sepanjang program tersebut dijalankan.

Selain itu, program ini juga mendapat kerjasama dan sokongan penuh daripada pihak pentadbiran Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor dan Universiti Teknologi Mara Seremban 3, Negeri Sembilan.

Gerak kerja telah dibuat selama enam bulan sebelum tarikh program sebenar dijalankan. Pada 9 Ogos 2014, pengarah program, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah mengadakan sesi temuduga di Dewan Pendeta Kolej Kediaman Ungku Aziz, Universiti Malaya bagi menyenarai pendek delagasi yang layak untuk ke program ini.

Pada minggu-minggu seterusnya latihan silat secara berterusan diadakan setiap hari khamis bagi melatih para delagasi agar bersedia untuk persembahan yang akan dilakukan di hadapan Grandmaster dan ahli seni mempertahankan diri dari negara lain.

Pada 19 hingga 21 September Latihan Pusat Fasa 1 diadakan di Intekma Resort & Convention Center Shah Alam, diikuti dengan Latihan Pusat Fasa 2 pada minggu seterusnya iaitu 26 September yang juga berlangsung selama tiga hari di tempat yang sama.

Pesilat Malaysia ke Poland.

Pada 9 hingga 11 September Latihan Pusat Fasa 3 yang merupakan latihan terakhir sepanjang berada di Malaysia diadakan di Homestay Shah Alam.

Selain itu juga, Sidang Media Silat European Tour 2014 juga turut diadakan pada 3 Oktober 2014 di Vistana Hotel, Kuala Lumpur bagi mewar-warkan lagi mengenai program ini.

sidang media psgfm

Para delagasi bukan sahaja sibuk menjalani latihan untuk persembahan di sana bahkan masing-masing bertungkus lumus mencari tajaan dalam bentuk wang ringgit mahupun barangan.

Delagasi juga tidak kekok untuk sentiasa berbincang bersama Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Tuan Guru Shahiid Elias mengenai apa jua perancangan yang perlu dilakukan dan meminta pandangan bagi sesuatu perubahan dalam gerak kerja bagi memastikan kelancaran progam.

Pasukan Malaysia dijemput ke Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa.

Berkat usaha sama semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam penganjuran program ini, Silat European Tour 2014 telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Pemenang bergambar bersama piala kemenangan.

Semoga program ini dapat memberikan 1001 manfaat kepada para delagasi yang merupakan generasi muda agar mereka lebih menghargai seni mempertahankan diri Melayu iaitu Silat Malaysia.

Juga dengan usahasama mereka ini semua objektif program ini telah tercapai dengan jayanya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Tuan Guru Aminuddin Anuar selaku tenaga pengajar yang sanggup berkorban masa dan tenaga turun padang dari Sabah demi mengajar para delagasi program ini.

seni_gayung_fatani (203)

Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang persediaan dari awal dan sepanjang perjalanan program ini.

Jutaan tahniah juga kepada para delagasi kerana telah berjaya merangkul piala utama pada 3rd Martial Arts Gala sebagai wakil Silat Malaysia. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan agar Silat Malaysia terus berkembang di negara luar.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie sedang membentangkan kertas kajian beliau.

Bersama-samalah kita terus berusaha ke arah memartabatkan seni warisan negara di persada antarabangsa.

Ikuti laporan hari pertama SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari kedua SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari ketiga SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari keempat  SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari kelima SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari keenam SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari ketujuh SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari kelapan SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari kesembilan SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

‘FATANI NUSA BAKTI’

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com