Pertemuan Bersama Guru Utama

Ahli PSGFMAlhamdullilah didahului dengan syukur kepada Allah yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat dan keredaanNya, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta sekelian sahabatnya.  Dengan doa selamat sejahtera kepada seluruh guru, jurulatih,  pesilat PSGFM dari yang serumpun dan sebenih dengannya. Amin.

Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malayia (PSGFM), Tuan Guru Aminuddin Hj. Anuar terus amanah menjalankan tanggungjawab beliau selaku Guru Utama & Pengerusi PSGFM apabila melakukan pertemuan bersama-sama AJK Tertinggi PSGFM dan juga ahli-ahli di Lembah Klang.

Beliau yang baru tiba dari Sandakan Sabah pada hari Isnin lepas telah di sambut olah Setiusaha dan Bendahari PSGFM di Lapangan Terbang  Low Cost Carrier Terminal (LCCT) menerusi pesawat Air Asia.

Pertemuan yang berlangsung di Universiti Malaya ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Guru Tua, Tuan Guru Salehuddin Abdul Wahab yang hadir dari Kajang. Antara intipati pertemuan bersama Tuan Guru adalah:

– beliau mengajak setiap ahli bersatu-pada dalam menjalankan aktiviti pertubuhan kerana PSGFM adalah sebuah pertubuhan yang berjaya di Malaysia dan di antarabangsa.

– beliau juga menyeru para ahli untuk mendaftar keahlian semula supaya pengurusan PSGFM terbaru dapat menyemak daftar pesilat untuk memudahkan pengesanan bakat bersilat dan gelanggang yang aktif.

– beliau juga menerangkan bahawa para jurulatih supaya gigih ‘bergelanggang’ kerana pengalaman ini akan membantu setiap jurulatih dalam mengenal kekuatan dan kelemahan setiap perkara yanga berlaku di dalam industri ini. Tambahan ramai orang-orang lama di dalam pertubuhan silat yang hanya pandai bercakap dan memberi pandangan tetapi tidak mempunyai gelanggang melatih pesilat untuk naik menggantikan tempat mereka.

– beliau juga menasihati para AJK supaya memulakan gerak-kerja yang diberikan kerana amanah ini amat besar kepada setiap ahli yang memegang jawatan dalam PSGFM. Sikap tunggu dan lihat dalam menjalankan sesuatu tugasan hanya akan melambatkan pengurusan silat dan menyusahkan orang lain. Jadi para AJK perlu saling bantu-membantu dalam menjulang nama PSGFM gah di arena persilatan dunia.

Jesteru itu, diharapkan para ahli PSGFM dapat meneruskan dan mengambil tindakan di atas segala amanat yang diberikan oleh Tuan Guru Aminuddin Anuar.

‘FATANI NUSA BAKTI’

PSGFM Guru Aminuddin

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com